Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

SIKAP BERSANGKA BAIK

Written by Bin Khalid on .

MUHASABAH DIRI DI AWAL TAHUN


Salam sejahtera dan salam ceria.


Hari ini, Selasa 04hb Jan 2011- adalah hari kedua sekolah kembali di buka dan hari kedua kembali bertugas kepada ramai pihak baik yang bertugas di sektor kerajaan dan mahupun di sektor swasta.


Sehubungan itu juga keadaan jalan raya akan kembali sibuk dan sesak terutamanya diwaktu awal pagi, tengahari dan petang. Situasi sebegini adalah lumrah setiap tahun.

Apa yang perlu, orang ramai haruslah sentiasa bertimbang rasa di jalan raya demi mengelak berlakukan kemalangan dan kesesakan.


Baiklah, untuk coretan hari ini, dan bersesuaian dan bertepatan dengan awal tahun baru 2011, bisai tah kitani sama – sama 'muhasabah diri” dalam apa juga situasi dan keadaan. Baik sewaktu mengunakan jalan raya, sewaktu kitani di pejabat dan sewaktu kitani berurusan dengan orang ramai.


Situasi di jalan raya : bersabar dan tidak terburu-buru memandu. Bertolak ansur dengan penguna jalan raya yang lain. Sentiasa ingat dan muhasabah diri- jalan raya bukan milik kitani seorang sahaja.


Situasi di pejabat : bersabar dan tidak mementingkan diri sendiri. “muhasabah diri”- operasi pejabat bagai organisasi keluarga juga- perlu ada kesefahaman dan kesatuan dalam mencapai kecemerlangan perkhidmatan .


Situasi berhadapan dengan orangramai yang berurusan- bersabar, jangan emosi dan bertimbang rasa dan muhasabah diri andai menerima teguran atau kritikkan.


Ketiga-tiga situasi seperti yang dinyatakan itu memanglah nampak mudah di atas kertas- tetapi untuk dipaktikkan dan di relisasikan bukan satu perkara yang mudah.


Sentiasalah baik sangka, jangan buruk sangka pada semua orang.

Ubat dan penawar untuk penyakit buruk sangka ialah baik sangka ( husnuzh zhan ).

Ia penawar yang mampu mencegah penyakit buruk sangka.


Bahkan berbaik sangka adalah salah satu hak seorang mukmin kepada mukmin yang lain.

Berlapang dada membuatkan hati kita merasa tenang dan senang. Ia membuka jalan kepada kemaafan sesama insan dan keampunan daripada Tuhan.


Muhasabah diri ialah mengamati kelemahan dan kekurangan diri akan membuatkan kitani lebih insaf bahawa kitani juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan .


Sekian- selamat menjalani kehidupan ditahun baru 2011.

Jumpa lagi dan salam ukhwah.


L1005880_copy
(Gambar kenangan ana, semasa menandatangani Pesta Pengguna 2011 permainan Siber ) (Brunei Cyber games 2011)
L1005886_copy

 

(Ana sebagai penaja dan rakan kongsi bagi permainan siber Pesta Pengguna Brunei 2011. Bergambar bersama ranoadidas.com, kurapak Comix, DJ Zura dan kawan.)

L1005892_copy
SIKAP BERSANGKA BAIK.


Salam bahagia dan salam ceria pada hari ini...


Hari ini, masuk hari kelima (Rabu 5.1.2011) kitani dalam tahun baru, 2011 dan kitani baru saja mengatur langkah bersama sama dengan azam tahun baru.


Apa kata untuk tahun ini, kitani sama sama lebihkan sikap bersangka baik.

Sesiapa juga yang kita fikirkan, fikirkanlah yang baik-baik saja tentang dirinya walaupun dia masih musuh ketat kita dan dia pernah menyakitkan hati kita.


Setiap hari kita akan berjumpa ratusan orang. Ada yang membuat kita menyampah, ada yang membuat kita suka.Kadang-kala kita teringat orang-orang dari masa lalu atau orang yang kita berbual dengan mereka pada minggu lalu.


Biasannya, kita akan mengingatkan perangai mereka yang menyakitkan hati kita.

Hati-hati dengan sikap sebegini sebab ia adalah racun kepada fikiran positif kitani.

Sikap begini membuat minda terlatih ke arah fikiran negatif.


Untuk mengubahnya, fikirkanlah hanya yang baik-baik tentang sesiapa walaupun kita tidak begitu gemar sikap atau tabiatnya.


Lebih banyak kita berfikiran baik-baik pada seseorang, lebih banyak kita ditemukan dengan situasi yang baik-baik, bahkan kita sendiri akan rasa seolah-olah kita ini bertuah sebab asyik jumpa situasi yang baik-baik belaka.


Semoga sikap yang murni ini akan menjadi amalan kita semua pada saat ini dan hari-hari yang mendatang.


Sekian, sampai jumpa lagi...salam ukhwah.


Susunan : team arab-families.com

awangminyakatarkebia
L1005857_copy
(Ana sebagai penaja dari Serikandi Group kepada Ranoadidas.Com)
L1005891_copy
(Gambar bersama Ranoadidas.Com dan Alin dari Kurapak Comix.Com)
L1005888_copy
(Gambar kenangan bersana DJ Zura)