Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

ETIKA MAKAN SECARA ISLAM

Written by Bin Khalid on .

AAA_1391_copy
(Gambar hiasan) Gambar yg baru dipetik pada  malam semalam, malam berbedak bagi pengantin lelaki Awang Zuraime, yg akan melangsungkan persandingan mereka pada esok hari (hari Ahad 19.12.2010). Kami tidak lupa mengucapkan Selamat Pengantin Baru pada beliau.
AAA_1405_copy
Gambar ana bersama Awg. Mohammad Zuraime Waqiyuddin bin Haji Suhaimi, yang sudah menjadi sebahagian dari  keluarga ana dari pehak isteri nya Dyg Nur Afifah.
AAA_1403_copy
Gambar hiasan, gambar keluarga pengantin perempuan yg turut datang menepong tawar pengantin lelaki smlm.
AAA_1401_copy
Gambar hiasan, keluarga ana yg datang dari Singapura juga turut serta untuk memeriahkan perkahwinan anak saudara mereka.
ETIKA MAKAN SECARA ISLAM


Salam bahagia dan salam ceria.


Mengambil sempena hari ini, hari Jumaat yang mulia , apa kiranya kitani sentuh berhubung “etika makan secara Islam”.

Tips dan panduan ini, adalah amat berguna kepada ibubapa untuk diterapkan pada anak-anak dalam kehidupan seharian.


Dari Aisyah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Apabila seseorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah ( yakni “Bismillah” ),

Dari Salamah bin al-Akwa r.a , seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. . Maka Baginda berkata : “Makanlah dengan tangan kanan mu”. Lelaki itu berkata : “Aku tak boleh”,

Baginda menjawab : “Engkau tidak boleh?”. Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak.” Kemudian orang itu tidak dapat diangkat tangannya ke mulut.

( HR Muslim ).


Dari Jabir r.a berkata :Rasulullah s.a.w bersabda : “Jangan engkau makan dengan ( tangan ) kiri mu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya” (HR Muslim ).


Dari Umar bin Abi Salamah r.a berkata : “Aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w dan pernah tangan ku menjalar-jalar keserata hidangan ( ketika henda makan ).

Maka Rasulullah s.a.w berkata : “Wahai budak, ucapkan “Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu”. ( HR Bukhari dan Muslim ).


Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan orang-orang yang soleh dalam makanan.


Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yang kaku dan senyap sepi dari perbualan. Tetapi, tidaklah bercakap itu apabila makanan penuh didalam mulut.


Sampai jumpa lagi...

AAA_1302_copy

Bapak mertua nya sedang menapong tawar pengantin lelaki.

AAA_1308_copy

Gambar hiasan saja, wakil wakil daripada pehak keluarga pengantin perempuan sedang menpung tawar penganti lelaki

AAA_1372_copy

AAA_1380

AAA_1395_copy

Gambar hiasan, pengantin lelaki (Awg Zuraime) bergambar bersama kedua dua pehak keluarga nya.

AAA_1294_copy