Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-22

Written by Bin Khalid on .

AAA_8806_copy
Ulang tahun perkahwinanan kami jatuh pada 23hb. September 2010.
AAA_8832_copy
Keluarga ana.
AAA_9163_copy
FALSAFAH ISTERI HEBAT.

Salam ceria dan salam santai di hari ini.


Memulakan coretan di hari ini, terlebih dahulu Ana ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua sanak saudara/sahabat handai dan kenalan Ana yang memberikan ucapan/menyampaikan ucapan selamat sempena Ulangtahun Perkahwinan Ana yang ke 22 tahun baru2 ini yang telah jatuh pada 23hb. Sept. 2010.


Sejujurnya, Ana memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana rumahtangga yang Ana bina aman bahagia dan dilengkapi dengan kehadiran cahayamata yang sudah pun meningkat remaja/dewasa.


Dan sejujurnya juga, disebalik semua itu, Ana juga bersyukur kerana di anugerah Ilahi seorang isteri yang sama sama berkorban demi kejayaan kami sekeluarga.


Baiklah, tajuk yang Ana pilih hari ini ialah “falsafah isteri hebat”.

Jika kita mengkaji sejarah orang-orang yang hebat dan berjaya kita akan dapati salah satu ciri-ciri utama yang dipunyai oleh orang tersebut adalah kehadiran seorang isteri yang sanggup berkorban apa sahaja hatta kebahagiaannya semata-mata demi kejayaan suaminya.


Bagi mereka kejayaan suami adalah kejayaan mereka juga, kejayaan keluarga.

Ia amat selaras dengan ajaran Islam yang meletakkan ketaatan isteri kepada suami berada ditempat yang amat tinggi, malah dijanjikan syurga kepada seoran isteri yang mentaati suaminya sebagai ketua keluarga, Asalkan suami tidak mengerjakan keburukan yang bertentangan dengan syariat.


Jumpa lagi.

Susunan : team arab-families.com

awangminyakatarkebia
AAA_9286_copy