Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

AMALAN RUMAH TERBUKA

Written by Bin Khalid on .

L1001517_copy
AMALAN RUMAH TERBUKA


Salam manis dan salam Syawal,


Amalan rumah terbuka di Hari Raya sudah sinonim dalam masyarakat kitani di Brunei Darussalam .

Rumah terbuka harus di susuli juga dengan “hati yang terbuka” yang membawa maksud kita melakukan itu semua dengan hati yang ikhlas semata-mata mengharapkan keberkatan dari Allah swt.


Rumah terbuka adalah 'terbuka” kepada semua tanpa mengira pangkat, bangsa, agama dan taraf hidup.

Amalan rumah terbuka memberi kefahaman kepada bukan Islam tentang nilai hidup ajaran Islam yang menganjurkan sifat berbaik-baik sesama manusia.


Amalan rumah terbuka ini sesuatu yang unik , telah menyumbang kepada keamanan dan kebaikan.

Bukan Islam mendapat gambaran sebenar mengenai ajaran Islam selama ini rakyat bukan Islam sering mendapat gambaran mengenai Islam yang dikaitkan dengan keganasan selepas serangan 11 September.
L1001513_copy


2) BAJU RAYA...


Hari Raya Aidilfitri dalam BAHASA ARAB disebut “Ayd al Fitr” yang membawa maksud “perayaan fitrah'.

Di sambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.


Bila sebut tentang Raya, baju raya adalah salah satu barangan yang mesti ada bila tiba hari raya.

Baju Melayu atau kitani di Brunei menyebut “cara Melayu” adalah pakaian kaum lelaki di Brunei pada Hari Raya.


Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang.

Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah baju kurung.


3) UCAPAN HARI RAYA dari kami di arab-families.com


“Berlalu Ramadan yang dirindui, sebulan berpuasa di lalui

Syawal menjelma lagi

Tiba menyambut Aidil Fitri, kami susun sepuluh jari

Mohon maaf dari hati

Jauh dekat di ingati

Semoga kita di berkati...


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

MAAF ZAHIR DAN BATIN.
L1001530_copy