Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

KAWIN MUTAAH

Written by Bin Khalid on .

DIET CEGAH SAKIT KEPALA.


Salam manis dan selamat berpuasa pada kita yang berpuasa hari ini,


Ada orang kalau berpuasa mudah sakit kepala.

Apa kata awda cuba amalkan diet cegah sakit kelapa.


Antara yang awdal boleh lakukan ialah dengan menghindari makan makanan yang boleh menyebabkan sakit kepada seperti daging yang diawetkan, coklat, bahan penyedap rasa makanan dan air krim.


Jika teringin sangat makan, makanlah sedikit saja atau jauhi makanan-makanan ini.

Lebihkan memakan ikan, asid lemak omega 3 yang terdapat dalam minyak ikan yang dapat mengurangkan migrin. Ikan juga merupakan sumber protein yang lebih mudah dicerna berbanding ayam atau daging.


Elakkan mengambil the, kopi, minuman yang mengandungi coklat. Kafein yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan sakit kepala.

Minumlah jus buah seperti epal, oren, susu rendah lemak, yoghut, teh herba dan roti gandum.


Tidor yang cukup boleh mengurangkan sakit kepala.

Elakkan cuka kecuali cuka putih ,cuka epal , mustard dan mayonis.

Jangan makan makanan yang terlalu masin seperti telor masin. Ambil sedikit saja jika teringin sangat.


Dalam kita berpuasa, kesihatan amat perlu dijaga.

Berpuasalah dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat segala kebaikan dan pahalanya.


Jumpa lagi.


KAWIN MUTAAH.

Salam sejahtera dan salam Ramadan.


Ana bukanlah seorang yang bertauliah untuk memperkatakan soal hukum hakam.

Justeru itu, sebelum Ana berkongsi dengan awda pembaca berhubung topic kitani pada hari ini, “kahwin mutaah”, bisai kiranya Ana maklumkan dulu isi kandungan rencana ini adalah berdasarkan kajian Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, Penolong Profesor Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Tentu ramai yang ingin tahu , malah mungkin ramai juga yang baru tahu apakah itu yang dikatakan kahwin mutaah?


Kahwin mutaah ialah kahwin atau akad nikah yang dilakukan dengan syarat ditentukan tempuh, seminggu, sebulan, dua tahun dan sebagainya. Atau dalam bahasa yang mudah difahami , kahwin mutaah ialah kahwin kontrek.


Kahwin Mutaah – ia berasal daripada tradisi Arab jahilliah. Pada waktu berkenaan, seorang pedagang misalnya, apabila mengunjungi kota Makkah, dia memerlukan seorang perempuan sebagai teman dalam tempuh tertentu.

Dia boleh berkahwin sementara dengan perempuan Makkah selepas ditentukan masa dan bayarannya. Islam mengharamkan nikah seperti ini.


Antara sebab ia tidak dapat diterima dan diharamkan ialah ia tidak menepati semangat perkahwinan dan sistem kekeluargaan Islam.

Nikah mutaah tidak mampu menjadikan perhubungan dan kehidupan suami isteri penuh dengan kebahagiaan dan kemesraan. Ia juga tidak mampu mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama suami isteri.


Anak yang lahir juga tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Manakala taraf wanita menjadi rendah dan mudah dieksplotasikan . Islam mengharamkan nikah mutaah kerana sebab negatif berkenaan.


Ayat 24 surah an-Nisa bermaksud : “...kemudian mana-mana mereka ( iaitu perempuan yang menjadi isteri kamu ) yang kamu nikmati percampuran dengannya, maka berikan lah mereka mas kahwinnya ( dengan sempurna ) sebagai satu ketetapan”.

Ayat Al Quran berbentuk umum ini digambarkan untuk nikah mutaah. Nikah mutaah pada mula dibenarkan pada masa permulaan Islam, tetapi kemudian diharamkan .

Menurut Ibnu Rushid, riwayat hadis daripada Rasulullah secara mutawatir mengharamkan nikah ini.

Perselisihan yang timbul hanya mengenai masa ia diharamkan sahaja. Ada yang menyatakan pada hari khaibar, pembukaan kota Makkah, perang Tabuk, haji wida dan sebagainya.

Bagaimanapun, pendapat umum menyatakan Ibnu Abbas menghalalkan nikah mutaah, Beliau turut berdalil dengan ayat Al-Quran diatas.


Di riwayatkan bahawa Ibnu Abbas berpendapat nikah mutaah adalah semata-mata rahmat Allah kepada umat Muhammad dan sekiranya Umar tidak melarangnya, nescaya zina tidak berlaku kecuali dari kalang orang jahat sahaja. ( Ibn Rushd II :97 ).

Secara umum seluruh mazhab empat mengharamkan nikah mutaah .


Ini kerana ia menetapkan had waktu sesuatu perkahwinan. Hanya golongan aliran Syiah yang minoriti membenarkannya. Mungkin ia sebagai tarikan untuk menyokong aliran tersebut.


Dengan itu masyarakat Islam tidak boleh menghalalkan kerana sudah sabit pengharaman nikah mutaah.

Mengenai kemungkinan zina dapat dielakkan dengan nikah mutaah ia tidak dapat dinafikan seperti kata-kata Ibnu Abbas itu.

Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan diatas, nikah mutaah tidak mencapai hikmah disebalik perkahwinan. Ia mungkin dapat membendung nafsu manusia semata-mata , tetapi gagal mencapai hikmah perkahwinan yang lain.


Rasulullah sendiri tidak pernah berkahwin secara nikah mutaah. Dengan itu sekiranya kita benar-benar mahu mengambil Baginda sebagai contoh teladan yang baik ( uswah hasanah ) , nikah mutaah sudah tentu tidak diikuti.

Dengan itu, pendapat majoriti dikalangan mazhab Islam hendaklah diterima dan diikuti kerana ia mempunyai asas fiqah yang benar dan sesuai dengan hikmah perkahwinan itu sendiri. Usahlah diikuti pendapat minoriti yang sesuai dengan rasa hati dan keinginan semata-mata.



Susunan : team arab-families.com

awangminyakatarkebia.