Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

BERSAHUR

Written by Bin Khalid on .

love200
Sungkai dan bersungkai di mana2 di Brunei Darussalam.
hmm4

(Gambar Hiasan daripada: M.Sofian, ketika ini mereka mengerjakan Ibadah Umrah Ramadhan, Semoga mendapat Umrah yang Mabrur!)

 

BERSAHUR.

Salam bahagia dan salam Ramadan.


Rasulullah saw amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda saw:

“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.”- Hadis riwayat Al-Bukhari no: 1923.


Maksud keberkatan disini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar didalam ibadah sahur tersebut.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h . “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidor.- Rujuk Fathul Baari Jil 11-ms 120.


Antara hikmah mengakhiri sahur ialah :

1.Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidor. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.


2.Mengakhiri sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa.

Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.
hmm1
(Gambar Hiasan daripada M.Sofian ketika ini mereka mengerjkan Ibadah Umrah Ramadahan.)
hmm2


AMALAN BERTERIMA KASIH AMAT PENTING.


Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda kita ingin menghargai seseorang atas kebaikan yang dilakukan keatas diri kita atau orang lain .


Jika kita pandai menghargai seseorang dengan ucapan terima kasih orang lain juga akan lebih selesa dengan kita . Dan perhubungan kita dengan seseorang akan menjadi lebih rapat lagi.


Sifat suka berterima kasih juga adalah sifat yang terpuji dan disukai oleh orang lain.

Sebagai orang Muslim, ucapan terima kasih adalah satu perbuatan yang sungguh mulia.


Mungkin awda tidak mampu untuk membalas balik kebaikan yang orang lakukan terhadap awda, memadailah dengan ucapan terima kasih.


Terima kasih juga dapat merapatkan lagi tali silaturrahim.


Terima kasih...jumpa lagi.


Susunan : team arab-families.com

awangminyakatarkebia

hmm3

(Gambar Hiasan daripada: M.Sofian, ketika ini mereka mengerjakan Ibadah Umrah Ramadhan)