Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

PUISI SI SUAMI UNTK SI ISTERI

Written by Bin Khalid on .

PUISI SI SUAMI UNTUK SI ISTERI.

Salam sejahtera dan salam ceria pada hari in.

Ana bukanlah seorang yang pandai berpuisi. Namun begitu puisi bertajuk ‘Bila Si Suami Hantar Puisi Halus Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain” yang dikirimkan oleh seorang kenalan menarik pehatian Ana untuk berkongsi dengan awda semua, pembaca setia arab-families.com

Puisi tersebut berbunyi begini…

Isteriku,

Jika engkau bumi…

Akulah matahari…

Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dariku…

Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang…

Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.

Lantas aku teringat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,

Lalu…

Relakanlah aku menyinari planet lain,

Menyampaikan faedah adanya aku,

Kerana sudah takdir Ilahi sinaran ku diperlukan di planet lain…


BALASAN PUISI DARIPADA SANG ISTERI…

Suami ku…

Andai kau memang mentari…

Sang suria yang memberi cahaya…

Aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu…

Dan…

Aku juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…



Akan tetapi…

Bila kau hanya sejengkal lilin yang kekuatan 5 watt sahaja,

Janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain…

Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi…

Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita…

Ditengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti

Cuba lihat siapa dirimu…

MATAHARI atau lilin?

Atau jangan jangan

Cuma mancis saja…

Atau hanya sebesar lilin kek hari jadi aja…

Please lah…huhuhuhu…………………

Susunan : team arab-families.com