Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

MENCARI ASAL USUL

Written by Bin Khalid on .

25808_384038948023_521848023_3712186_224754_n_copy

(Gambar Hiasan)

MENCARI ASAL USUL MEOR,SYED DAN SYARIFAH.

Ahlan Washlan, Marhabban! Salam sejahtera.

Rasanya belum terlewat untuk kitani di Brunei Darussalam mengucapkan ucapan takziah kepada isteri dan keluarga Allahyarham DIN BERAMBOI ( JURUHEBAH RADIO ERA/PELAWAK/PELAKON/PELUKIS) atau nama sebenarnya MEOR AHMAD FUAD MEOR BADRI.

Sebenarnya, Ana tidaklah kenal secara peribadi Allahyarham Din Beramboi. Sekadar kenal menerusi kaca tv dan suatu masa dulu pernah mendengar Allahyarham menyanyi lagu lagu berunsur jenaka. Apa yang membuat Ana terpanggil untuk berkongsi dengan awda pembaca ialah asal usul nama sebenar Allahyarham, iaitu MEOR AHMAD FUAD BIN MEOR BADRI.

Sejarah warisan orang Perak tidak ada yang menerangkan dari mana asal usul This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it bukanlah berasal daripada bahasa Arab, bukan juga pada asalnya bahasa Melayu asli. Hingga hari ini masih ramai orang malah penduduk Perak sendiri tidak tahu maksud atau asal usul nama “Meor” ini wujud. Ada pihak yang berkata asal usul Meor ini datang dari keluarga Syed dan Syarifah@Siti yang bermaksud “Puan”.

Yang jadi Meor itu sebab anak perempuan Syed dan Syarifah tadi berkahwin dengan orang kebanyakkan.Supaya tidak nanti putus silatulrahim hubungan keluarga, maka itu yang boleh disifatkan seperti “cubit peha kiri peha kanan pun terasa juga”.

Manakala yang jadi Mazatul ( anak perempuan ) atau Puteri ( anak perempuan ) atau Megat ( anak lelaki ) bila bapak nama Meor ini berkahwin pula dengan orang kebanyakkan. ( bangsawan ). SYED ( Tuan ) dikatakan datang dari Tanah Arab sebagai pedagang dan menetap di Perak, berkahwin dan bermastautin di Perak.

Ada pihak yang berkata Syed adalah guru agama yang datang atas jemputan Sultan Perak ketika sama sama membuka Perak. Mereka datang Kampar ( Pulau Sumatera ).Ketika itu, Istana Sultan Perak yang pertama di Tanah Abang ( Parit ) Daerah Bota ( Brahman ).
Keluarga Syed dikatakan dari waris keturunan Nabi yang datang dari waris keluarga Hassan dan Hussin. Mereka datang ke Tanah Melayu kerana menyelamatkan diri dari perbalahan puak di Tanah Arab ketika itu, seperti Syiah dan Muawiah .

Sementara dari teori lain, asal Meor di adaptasi daripada adat orang orang tanah Parsi dimana anak-anak lelaki keturunan Nabi Muhammad saw iaitu AMIR bermaksud penguasa/pemerintah. Jadi setelah para Sayyid ( Syed ) tiba di Tanah Melayu dan berkahwin dengan wanita tempatan, agar hubungan kekeluargaan itu tidak terputus, maka anak dari waris lelaki meneruskan keturunan sayyid dan anak dari keturunan Sharifah dengan penduduk tempatan diberi nama MIR ini telah di sesuaikan dengan lidah tempatan hingga ianya berubah menjadi MEOR.

Di susun oleh : team arab-families.com
Awangminyakatarkebia.

logo-86