Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

SEJARAH BANGSA ARAB

Written by Bin Khalid on .

baru9
(Gambar Hiasan)
ASAL USUL DAN SEJARAH BANGSA ARAB,...Ahlan Washlan,...Salam sejahtera.

arabfamilies_logoTanpa kitani sedari, dah pun masuk ke bulan April 2010 dan ini bererti sudah suku tahun 2010 kitani lalui dan jalani.Mungkin juga ada baiknya kitani meliat dalam tempuh tiga bulan yang lalu apakah apa yang kitani azamkan, cita-citakan dan harap-harapkan membuahkan hasil.

Baiklah, untuk kesekian kalinya, sungguhpun sudah agak lama juga awda pembaca melayari www.arab-families.com...maka apa kata hari ini kitani sama sama singkap sejarah asal usul bangsa Arab dan Arab awal.

Habib Hasan Touma mengungkapkan bahawa orang Arab ialah “orang yang memiliki kebangsaan Arab, yang memakai bahasa Arab dan memiliki pengetahuan tentang Arab secara keseluruhan”. Sementara itu, Liga Arab pada tahun 1946 menyatakan bahawa orang Arab ialah “yang memiliki kebangsaan negara di dunia Arab, berbahasa dan menuturkan bahasa Arab dan peduli terhadap nasib bangsa Arab.

Asal usul dan sejarah Bangsa Arab/Arab Awal- bangsa Semit pada awalnya membangun peradaban di Mesopotamia dan Syria, kemudian perlahan-lahan mereka kehilangan dominasi politik mereka dan disebabkan serangan dari bangsa nomad Semit dan bangsa non Semit. Bangsa Aram, Asiria dan Minean berbicara dalam bahasa yang hampir sama dengan bahasa Semit.Akhirnya, bangsa Semit kehilangan kekuasaannya tepat pada serangan Persia dan kedatangan bangsa Yunani pada 330 SM.

Setelah penyerangan itu, bangsa Semit berpecah ke serata bahagian.Kebanyakkan dari suku bangsa ini berpindah ke daerah selatan dan daerah utara, dimana bangsa Arab akan berkembang disana.Bangsa Arab di Utara membangun sebuah peradaban yang dinamakan peradaban Arab Nabatea. Kemudian , Arab bahagian selatan membentuk kafilah kafilah yang tersebar.Kafilah-kafilah ini kemudian membentuk sebuah kerajaan di daerah Yaman, yang disebut bangsa Yunani sebagai Arabia Felix yang bererti “kawasan Arab yang beruntung”

Pada masa Sassanid,  Kekaisaran Romawi menguasai daerah Syam yang kemudian disebut Arab Perta.Bangsa Romawi menyebut daerah gurun di Timur ini sebagai Arabi. Pada awal abad pertama masehi, Kaum Ghassan dari Yaman berpindah ke daerah Syam. Kaum Ghassan, Lakhm dan Kindi menjadi kabilah-kabilah yang terakhir kali berpindah ke Arab Petra.Kabilah Ghassan kemudian berpindah ke daerah Syria dan tinggal dikawasan Hurran dan deerah Levantine ( Lebonon, Palaestina ) Bangsa Ghassan menguasai Syria sampai kedatangan kaum Muslimin disana.

Sementara itu, kaum Lakhm bermukim di daerah pertengahan Sungai Tigris. Mereka bersekutu dengan Sassanid untuk melawan Kekaisaran Bizantium dan Kabilah Ghassan. Mereka kemudian mengawal Daerah Arab bahagian Tengah. Kabilah Kindi bermingrasi ke Utara , tapi mereka kemudian berpindah ke Bahrain dan tetap bermukim di Yaman.Kaum Muslimin yang bermukin di Madinah mengacu pada kabilah gurun dan mereka disebut A’raab. Kata A’raab berasal dari istilah bangsa Asiria terhadap bangsa-bangsa yang pernah mereka taklukan.

Al-Quran tidak memakai kata “arab” tapi hanya menggunakan kata sifatnya iaitu “arabiyyun” Al Quran kemudian menjadi contoh yang sempurna bagi “al-arabiyya”, bahasa Arab.
Kata benda netral ‘a’rab” berhubungan suku Badui Quraisy yang melawan Nabi Muhammad SAW , contohnya pada surat A-Taubah, arabu asaddu kufran waninifaqan”. Mereka ( suku Quraisy ) semakin kafir dan nifaq. Berdasarkan terminology Islam, kata “arab” menunjukkan bahasa, dan a’rab untuk kaum Arab Badui.
imam1
(Gambar Hiasan)
1aaabe1
(Gambar Hiasan)
DISUSUN OLEH: TEAM ARAB- FAMILIES .COM
AWANGMINYAKATARKEBIA.