Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

HIASAN DALAMAN RUMAH

Written by Bin Khalid on .

Salam bahagia dan salah sejahtera kpd semua pembaca setia arab-families.com

Tajuk kitani hari ini ialah hiasan dalaman rumah. Sungguhpun Ana bukanlah sealiran dengan Eric ( ASTRO- Casa Impian )  yang cukup dikenali ramai menerusi program beliau.

Ana adalah insan biasa sama seperti awda semua yang gemar berkumpul bersama anak-anak dan keluarga di rumah. Bagi Ana quality masa yang terluang adalah khusus buat keluarga.

Bilamana kitani bercakap tentang rumah, pastinya kitani akan sentuh berhubung hiasan dalaman rumah.
divinci3
Sebenarnya awda tidak perlu untuk melagau pakar perunding untuk menghias rumah awda. Kenapa harus melagau orang luar untuk menghias rumah kitani sendiri.
Adalah lebih baik awda bersama sama dengan pasangan awda yang menentukan sendiri corak dan gaya yang ingin ditampilkan pada setiap sudut dirumah awda.
Setiap insane yang bernama manusia menginginkan sebuah rumah yang cantik dan selesa untuk didiami dan tempat bagi dijadikan bagai “syurga” bagi melepaskan penat lelah setelah seharian bekerja.
divinci1

Apa yang pasti, setiap orang mendambakan keadaan dan persekitaraan yang aman dan damai. Suasana yang diinginkan itu tidak hanya tertumpu keadaan diluar rumah, malah lebih utama ialah keadaan hiasan dalaman rumah.
Rekaan dan susunan hiasan dalaman sesebuah rumah itu sudah pastinya mengikut citarasa dan selera yang empunya rumah.Namun begitu, ada juga  dikalangan masyarakat kitani gemar merujuk kepada pakar hiasan dalaman yang mana ada diantara mereka yang bekerja dengan syarikat yang membekalkan perabut dan lansir rumah.
divinci2
Dalam menghias ruang dalam rumah, pertama sekali factor yang perlu dilihat ialah pemilihan warna dinding.
Cat tergantung pada keluasan bilik atau ruang. Begitu juga dengan pemilihan perabut, perlu dititik beratkan soal saiz perabut.
Jika ditinjau, rata-ratanya masyarakat kitani di Negara Brunei Darussalam amat gemar menghias ruang dalam rumah dengan pasu-pasu.Pilihlah pasu yang bersaiz sederhana untuk kawasan luar ruang tamu.Tidak perlu paru bersaiz besar, memadai pasu-pasu yang bersaiz kecil.
Begitu juga dengan peranan lampu-lampu di dalam rumah,terutama lampu di ruang tamu. Selain pasu, orang kitani juga gemar meletakkan karpet diruang tamu.
AF0_6765_copy
Kadangkala tidak cukup dengan satu lapis, malah karpet diletakan berlapis-lapis dan amat mencacatkan pandangan bilamana warna dan corak karpet kepada yang tidak seragam.
Kenapa tidak tukar dari karpet kepada lantai kayu ( laminate flooring ) yang secara tidak langsung boleh menaikan lagi seri ruang tamu awda.
Sungguhpun ada yang berkata kitani mesti mengikut apa yang orang lain biasa buat, dan tidak menjadi satu kesalahan juga sekiranya kitani berani dan bersedia mencuba sesuatu yang baru. Mungkin juga nanti idea dan sentuhan tangan kita akan dihargai dan menjadi ikutan orang lain pula.
AF0_6709_copy
Sepatutnya rumah yang cantik, minda dan pemikiran kitani juga harus cantik. Jangan sampai ada yang berkata rumah kita baru tapi pemikiran dan corak serta citarasa kita cara lama.
Dua ruang yang jangan kita pandang remeh ialah ruang dapur dan tandas. Dapur tidak perlu dihiasi terlalu sesak. Memadai hiasan yang kelihatan santai. Dan ruang tandas sebaiknya agak jauh sedikit daripada ruang tamu.
AF0_6711_copy
Kesimpulannya, keinginan mestilah bersesuaian dengan kemampuan kewangan kitani. Bak kata pepatah “ukur baju dibadan sendiri”. Dan “tepuk dada tanya selera” dalam menghias rumah idaman awda..
Jadikan “ rumah itu syurga awda”.

Di susun oleh : team arab-families.com
Awangminyakatarkebia.