Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

TERNAKAN KETAM NIPAH

Written by Bin Khalid on .

scan0004_copy
PERUSAHAAN TERNAKAN KETAM NIPAH ( SOFT SHELL CRAB ) DALAM TANGKI SECARA TERTUTUP.
scan0007_copy
scan0008_copy

Ketam nipah yang juga dikenali ketam batu atau kitani di Brunei menyebutnya ketam kalok ialah dari spesis Scylla Serrata di mana ditemui habitat asal di muara-muara, kuala-kuala sungai dan persisiran pantai.

Ketam ini mempunyai potensi dalam bidang industri perikanan terutamanya dari kegiatan separa kultur. Berat purata ketam yang telah matang antara 250 gm hingga 400 gm dengan lebar  antara 10-15 cm. Ketam ini dapat membesar sehingga karapasnya mencapai 20cm iaitu dengan berat badan melebihi 1kg .Ketam betina yang telah matang mempunyai ovari yang menjadi makanan mewah.

Seorang kenalan penulis memberitahu tentang potensi penternakan ketam secara komersial. Penternakan dilakukan tanpa berada di lokasi habitat haiwan tersebut. Team arab-families.com  diperkenalkan kepada Pengiran Haji Haris Pengiran Haji Duraman, Pengurus Golden Crab dan juga merupakan salah seorang Pengarah Urusan Golden Crab Enterprise.Pengiran Haji Harris menjelaskan : “Projek ternakan ketam nipah ( Soft Shell Crab ) dalam tangki secara tertutup yang diungkayahkan oleh Golden Crab Brunei Darussalam ini adalah satu projek yang berteknologi tinggi, terbaru dan berasaskan “Contract Farming” di mana peralatan bagi system ternakan dan benih akan diperolehi dari pembekal tempatan. Hasil-hasil ternakan akan dieksport ke luar negara.”

Tambah beliau lagi: “Perusahan ini mengunakan system tertutup di mana satu kaedah yang terkini serta berteknologi tinggi dan juga mesra alam yang tidak merosakkan persekitaran, ia memerlukan bangunan sementara sama seperti ternakan ayam di mana tangki-tangki fibre akan digunakan untuk membesarkan ketam-ketam tersebut.Untuk tujuan itu, mereka mengunakan air paip biasa dan dimasinkan menggunakan garam tiruan, benih ketam seberat 100gm dimasukkan bila air kualiti telah sesuai”.Makanan ketam diberi setiap dua hari sekali dan air dipantau setiap masa untuk memastikan kesihatan ketam. Ketam akan membesar selama 30- 40 hari atau seberat 230 gm se ekor dan sedia untuk dijual atau dieksport secara sejuk beku ke luar negeri.

Pengiran Haji Harris menambah kata : “Sistem ternakan ketam dalam tangki ini tidak memerlukan pengorekkan kolam-kolam seperti ternakan lain. Salah satu kebaikkan system ini ialah pengunaan system tertutup recirculating water system . Air paip yang digunakan untuk ternakan ini dikitar semula setelah melalui proses pembersihan / penapisan air mengunakan biofilters.
Air laut boleh juga digunakan untuk tujuan ini.Sistem ini didapati sangat hygienic dan dapat memenuhi piawaian antarabangsa berbanding dengan system ternakan ketam secara konvensional.Tambahnya lagi sistem ini telah diperkenalkan di negara jiran dan menunjukkan penghasilan yang baik dan kini Golden Crab Enterprise, Brunei Darussalam mengorak langkah memulakannya di Brunei Darussalam .Adalah diharapkan dengan adanya usaha gigih daripada usahawan bumiputera tempatan akan dapat menghasilkan ketam-ketam yang hygienic serta berkualiti tinggi bagi pasaran eksport dan juga memenuhi permintaan tempatan.

Aktiviti ini juga akan dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dan membukan peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan di bidang akuakultur.Kesinambungan daripada projek ini juga bakal mengwujudkan beberapa industri tambah contohnya pembenihan, pembungkusan, penghantaran dan lain-lain lagi.Projek ini boleh diusahakan oleh penternak secara persendirian atau berkelompok untuk membantu menambah pendapatan merangsang ekonomi negara dan berasaskan oriented selain pasaran tempatan.Iannya juga boleh dijadikan sebagai cottage industri dimana keluarga boleh mengusahakannya dihalaman rumah atau garage terbiar.

Melalui konsep memelihara mengikut kaedah tertutup yang dikawal selia dengan baik menerusi system perairan yang lebih sistematik, ia adalah penemuan terbaru dalam teknologi pembiakan ketam nipah di Brunei Darussalam.Ketam-ketam ini dilayan bagai “tetamu istimewa”. Dalam erti kata yang lain, makan minumnya  terjaga, tempat tinggalnya selesa dan tidak mengalami sebarang gangguan daripada pemangsa sesama sendiri .
Kepada sesiapa yang  berminat dan ingin mencuba dan meneroka bidang ini awda disarankan mengikuti kursus yang bakal di anjurkan oleh Golden Crab Enterprise awal tahun hadapan. Usahawan tempatan boleh belajar dulu tentang kaedah, pemasaran , penjagaan dan akan berpeluang menjalani latihan amali di tapak ternakan ketam nipah ( soft shell crab ) milik syarikat berkenaan.

Di susun oleh : team arab-families.com
awangminyakatarkebia

scan0009_copy