Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

KESELAMATAN JALAN RAYA

Written by Bin Khalid on .

accent1
Salam sejahtera, salam bahagia.

Keselamatan Jalan Raya adalah tanggungjawab bersama, itu adalah slogan yang malar kitani dengar sejak dulu lagi.
Pun begitu saban hari ada sahaja berita kemalangan yang dapat kitani baca di akhabr. mahupun kita tonton di kaca tv. Malah ada ketikanya kemalangan itu berlaku di hadapan mata kita.
Kita bukan tidak faham atau tidak cuba untuk menjadi seorang pemandu/pengguna jalanraya yang baik dan berhemah. Tetapi kadangkala sikap pengguna yang lain kadangkala mencabar kesabaran kitani.

Keselamatan lebih merupakan suatu konsep undang-undang daripada tingkah laku. Konsep ini diinstitusikan melalui perundangan di semua negara tetapi tidak ada asas konseptual yang bermakna melalui hasrat yang kabur bahawa dalam sesuatu masyarakat yang bersistem, manusia tidak seharusnya dibenarkan mencederakan dirinya atau individu yang lain.

Tidak ada cara yang langsung untuk menentukan bahawa sesuatu situasi itu adalah selamat, hanya pelbagai tindakan boleh diambil untuk mengurangkan risiko dan bahaya.
Begitulah hanya dengan keselamatan pengguna di jalanraya memang sukar diramalkan.
Tetapi melalui penyelidikan, pendidikan dan perlaksanaan, masalah kemalangan jalan raya seharusnya dapat dikaji, diawasi dan dikawal.

Kemalangan jalan raya telah lama dikenal pasti sebagai salah satu penyebab utama kematian dinegara-negara maju.
Sungguhpun data kemalangan telah lama wujud dikebanyakan negara maju, tetapi cara-cara penyelesaian yang diamalkan di negara-negara itu tidak dapat diterapkan kedalam latar tempatan oleh sebab  faktor sosiobudaya dan persekitaran yang sangat berbeza.

Penyelidikan hanya boleh dinilai dan difahami oleh mereka yang arif dan berpengalaman mengenainya. Hal ini perlu disedari jika penyelidikan bermutu mahu diteruskan.
Data kajian juga diperlukan bagi merancang kempen mengenai keselamatan jalanraya.
Tanpa maklumat mengenai ciri-ciri manusia seperti sikap, personaliti dan tingkah laku pengambilan risikonya, mesej bagi sesuatu kempen itu tidak dapat disampaikan kepada kelompok sasaran yang berkaitan.
Justeru itu, sikap kurang berdisplin contohnya tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu merupakan penyubang besar kepada masalah ini.

Bertimbangrasa lah sewaktu di jalanraya. Pandu laju maut menunggu! Berhati hati lah!!!

susunan : team arab-families.com
awangminyakatarkebia
NBT1