Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

PENGERTIAN TAHUN HARIMAU

Written by Bin Khalid on .

 
af0_2921_copy.jpg
 
af0_2949_copy.jpg
 
PENGERTIAN TAHUN HARIMAU.

SELAMAT TAHUN BARU CINA, sekali lagi kepada sidang pembaca yang berketurunan Tiong Hwa.

arab1.jpgSebagai seorang ahli perniagaan, Ana memang ramai kenalan berbangsa Cina dan dari mereka inilah sejak kecil Ana memerhati corak kehidupan masyarakat Cina yang sememangnya terkenal sebagai bangsa yang pandai berniaga dan dalam masa yang sama mereka amat berpegang kuat dengan kepercayaan berhubung kalendar lunar Cina dimana tahun ini ialah Tahun Harimau.

Harimau adalah melambangkan keberanian. Jika dilihat dari sudut yang lain, Harimau boleh juga disamakan seperti burung helang yang terbang sendiri. Tidak gemar berkumpulan tetapi seekor burung yang digeruni oleh spesis burung yang lain. Helang focus pada sasarannya dan gagah.
Begitu jugalah dengan harimau. Bergerak sendiri di dalam hutan. Boleh menghidu mangsa beberapa kilometer di hadapan. Bukan sahaja di takuti oleh binatang yang lain , malah kitani manusia pun takut sekiranya berhadapan dengan harimau di dalam hutan.
Apa yang sering Ana menonton di kaca tv menerusi program Discovery Channel, Harimau bertindak pantas membaham mangsanya.
Satu faktor yang menarik ingin Ana sebutkan disini, bapa harimau akan menghalau atau memisahkan anak harimau jantan dengan anak harimau betina kerana tidak mahu baka anak anak harimau yang lahir dari satu ibu itu bercampur, ya sungguh unik kejadian Allah SWT.

Berbalik kepada Kalendar lunar Cina, Kalender lunar Cina terbahagi kepada kitaran 12  tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Kalendar lunar Cina merupakan kalender yang tertua di dunia. Digunakan sejak 2600 sebelum masihi.
Penggunaan kalender ini telah diperkenalkan oleh Maharaja Huang Ti, bersamaan dengan kalender barat.

Kalender lunar Cina juga berasaskan pusingan tahunan yang mana permulaan tahun dimulakan berdasarkan pusingan bulan. Oleh sebab itu, permulaan tahun bagi kalender Cina jatuh di sekitar bulan Januari dan Februari.
Haiwan-haiwan itu terdiri daripada harimau, arnab, ular, kuda, kambing, kera, ayam, anjing, khinzir, tikus dan lembu.

Masyarakat Cina percaya bahawa setiap manusia yang lahir mempunyai pengaruh terhadap personaliti  dan sikap berdasarkan binatang yang dinamakan pada tahun manusia tersebut dilahirkan.
Dari 12 ikon haiwan yang dinyatakan, harimau merupakan binatang yang terkenal ganas, mudah marah dan tiada rasa takut terhadap lawan. Ia sering melakukan serangan yang membabi buta demi melampiaskan hasratnya. Ramalan mengatakan Tahun Harimau yang berelemenkan logam akan mengundang suasana "keras" dan sukar untuk menghadapinya.

Tahun Harimau merupakan tahun yang mengalami berbagai masalah besar dan banyak terjadi persaingan yang tidak sihat, baik di bidang ekonomi, politik dan hukum alam.
Justeru, siapa yang pandai maka dia yang akan terselamat.

Asal usul Tahun Baru Cina berasal dari seekor raksasa yang bernama "Nian". atau yang bermaksud "tahun" dalam bahasa Melayu yang sering mencari mangsa pada malam sebelum tahun baru bermula.
Ketika itu manusia sangat takut akan raksasa ini. Pada satu hari kebun buluh yang berdekatan kampung terbakar yang mengeluarkan bunyi yang sangat kuat seperti mercun.Ini telah menakutkan raksasa itu mengakibatkan ia tidak berani untuk pergi berdekatan kampung itu.

Selain itu orang-orang tua juga berpesan supaya menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru  bagi mengelak raksasa Nian mengganas semula. Warna merah sangat ditakuti oleh Nian.

Tahun Baru Cina di raikan dengan jamuan yee sang dan kueh bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, kuih pulut dan limau mandarin.
Tahun Baru Cina ditamakan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Menariknya kitani di Negara Brunei Darussalam, Tahun Baru Cina turut diraikan oleh segelap lapisan masyarkat tanpa mengira bangsa dan agama.

SUSUNAN:
TEAM ARAB- FAMILIES .COM
AWANG MINYAK ATAR KEBIA.
 
af0_2945_copy.jpg