Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

Adab-Adab Berangkat Haji dari Rumah....

Written by Bin Khalid on .

Adab-Adab Keluar Rumah
 

1. Sebelum keluar rumah, hendaklah dilakukan dua rakaat Solat Sunat Safar dengan membaca surah AI-Kafirun pada rakaat pertama dan AI-Ikhlas pada rakaat kedua selepas Fatihah.
Dari Mut'im bin Miqdam, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak sesuatu pun yang lebih utama ditinggalkan seseorang pada keluarganya, dari solat dua rakaat yang dilakukannya sewaktu ia hendak berpergian ". (HR Thabrani)

Niat solat safar (dalam hati): 'Aku Solat Safar dua rakaat kerana Allah ".

2. Membaca ayat Kursi dan surah AI Quraish selepas beri salam dari solat sunat safar. Sebagaimana diriwayatkan bahawa sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika hendak keluar rumah, nescaya tidak akan terkena kepadanya sesuatu yang tidak disukainya, sehingga dia pulang. Berkata Imam Ibnu Hajar dalam kitab Syarah Iidhah : Ini adalah kerana bersesuaiannya ayat Kursi itu dimulai dengan:
"Allah Yang Hidup lagi Berdiri dengan dirinya, tidak terkena kepada-Nya ngantuk atau tidur).

Yang demikian itu sebagai petunjuk kepada jaminan pemeliharaan Allah terhadap hamba-hambanya. Kerana tidak ada yang benar-benar dapat memelihara sesuatu melainkan Ia yang bersifat sempurna seperti yang tersebut tadi. Manakala surah Quraish mengandungi dua nikmat Allah laitu memberi makan dari kelaparan, dan keamanan dari ketakutan, yang keduanya itu bersesuaian untuk orang musafir.
Kemudian dia berdoa dengan penuh ikhlas dan khusyu' segala hajatnya yang baik, dunia dan akhirat.

3. Kemudian berdoa sebelum keluar rumah, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas ra.:
"Ya Allah, dengan Engkau aku keluar dan dengan Engkau aku berpegang. Engkaulah kepercayaanku dan Engkaulah harapanku. Ya Allah, kepada Engkau aku menuju, dan dengan Engkau aku berpegang. Cukupilah daku apa yang merisaukan dan apa yang tidak merisaukannya. Ya Allah, bekalkanlah daku dengan taqwa dan ampunkanlah dosaku, dan arahkanlah daku kepada kebaikan di mana juga aku berada".
4. Apabila hendak keluar rumah, maka dibacanya sebagaimana Nabi s.a.w membacanya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya, tidak ada daya dan kuasa melainkan denganNya. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sesat atau disesatkan atau terpesong atau dipesongkan atau menzalimi atau dizalimi atau menjadi bodoh atau diperbodohkan".
(HR Abu Daud dan Tarmidzi dengan sanad yang shohih).

5. Sunnat dia mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara dan sahabat-sahabat yang ditinggalkan dengan mengatakan:
"Aku serahkan penjagaan kamu kepada Allah yang tak pernah hilang apa-apa yang diserahkan kepadaNya".
(HR Ibn Sunni)

Serta sunat antara yang musafir dan yang ditinggalkan mengucapkan kepada satu dengan lain:
"Saya serahkan kepada penjagaan Allah akan agama kamu dan keluarga kamu dan penutup amalan kamu"
(HR Tirmidzi dengan sanad yang shohih)

6. Disunnatkan bersalaman yang musafir dengan yang ditinggalkan (adapun berdakapan hanya disunatkan sewaktu pulang dari safar) sambil memohon doa dari yang ditinggalkan, demikian juga dari musafir sebagaimana Nabi s.a.w. memohon doa dari Umar ra. yang hendak pergi umrah.

HIKMAH WADA' (selamat tinggal)
Kebiasaannya para jemaah haji merasakan bagaimana sedihnya di saat perpisahan yang hanya Allah sahaja mengetahui akan ajal maut mereka, apakah mereka dapat bertemu kembali atau tidak? Maka, kalaulah perpisahan yang sebentar ini sudah terasa begitu pilu dan sedih, maka bayangkan dan rasakan bagaimanakah keadaan saat perpisahan meninggalkan saudara- maranya buat selama-lamanya, di saat dia menghembuskan nafas yang terakhir. Apakah dia telah menyediakan bekalan yang secukupnya untuk pelayarannya yang terakhir ini?

7. Bersedekah sesuatu sebelum bertolak, dan juga selepas bertolak kerana sedekah akan menjauhkan bencana-bencana daripada. Rasulullah s.a.w. telah diriwayatkan bersabda:
"Sedekah memadamkan kemurkaan Allah dan menyelamatkan kamu daripada mati dalam keadaan aib".

8. Ketika naik kenderaan bacalah (??? ???? ) apabila telah duduk maka bacalah sebagaimana yang dibaca oleh Nabi s.a.w.:
"Segala puji bagi Allah Maha Suci Allah yang telah memudahkan untuk kami kenderaan ini, padahal sebelumnya kami tidak mampu menguasainya, dan sungguh kami akan kembali kepadanya".
"Maha Suci Engkau, aku telah menganiayai diriku, maka ampunilah daku, kerana sungguh tidak ada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau".

Kemudian sunat mendongak ke langit sambil senyum kerana Tuhan merasa bangga terhadap hambanya jika ia berkata:

"Ya Tuhan, ampunilah aku" maka Allah menjawab: 'Hambaku tahu tiada yang dapat mengampuninya melainkan Aku".
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim).

Doa ini disunatkan bagi setiap orang yang menaiki kenderaan, walaupun dalam negeri.

9. Di tambah doa bagi musafir:
"Ya Allah, kami memohon agar dalam perjalanan ini, kami beroleh kebaikan dan ketaqwaan serta amalan-amalan yang Engkau redhai. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami ini dan dekatkanlah bagi kami jaraknya yang jauh. Ya Allah, Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Wakil bagi keluarga yang ditinggalkan. Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari halang-rintangan dan kekecewaan dikala pulang, serta mendapati harta dan keluarga dan anak dalam keadaan yang tidak menyenangkan ".

Jika dalam perjalanan pulang, ditambah selepas doa-doa tersebut dengan:
"Kami kembali dan pulang dalam keadaan bertaubat, beribadat serta memuji kepada Tuhan kami ".
(HR Ahmad dan Muslim)

10. Bergeraklah pada keseluruhan perjalanan itu dengan penuh minat, semangat dan dalam keadaan rindu seorang kekasih kepada yang dikasihi. Anggaplah diri kamu pergi untuk inenyerahkan dirimu di balai penghadapan raja dunia. Anggaplah dirimu sebagai orang yang sungguh bertuah kerana telah dijemput olehnya berserta orang-orang lain yang bernasib baik, dan jikalau tidak dengan kurniaanNya yang besar itu, kamu tidak akan sampai kesana.
Semasa di dalam pedalanan, selalulah berdoa:
" Ya Allah, sebagaimana Engkau telah menggerakkan daku di dunia ini ke arah menemui rumahMu, 'Yang Mulia, kurniakanlah daku di akhirat kelak dengan melihat wajahMu yang Rahmat".

11. Teruskanlah memohon dan berharap dengan sepenuh khusyu' bahawa Allah menerima amalan baik yang kita lakukan. Dialah Yang Maha Mulia dan Maha Pemurah. Sambil meletakkan perasaan bimbang kalau-kalau ada kesalahan-kesalahan kita yang zahir atau batin yang mengakibatkan amalan kita itu cacat dan tidak diterima.

Abu Mulaika r.a. meriwayatkan bahawa beliau melihat tiga puluh orang sababat yang walaupun mereka itu menjadi sahabat Rasulullah s.a.w. namun mereka masih khuathir tergolong orang munafik.

12 Hendaklah masa pelayaran diisikan dengan yang berfaedah. Selain makan, minum, rehat, tidur dan berdoa, bacalah zikir dan AIQuran atau buku haji agar dapat mengingatkan kembali pelajaran yang telah dipelajari. Buku panduan haji hendaklah dijadikan sebagal teman yang akrab. Kerana mendekatinya (membaca) bertambah pengetahuan dan menolong dalam ibadat kamu. Manakala berkawan dengan manusia ada kalanya terkecil hati, mengumpat dan akhirnya berbuat dosa.
13. Jagalah waktu solat fardhu, jangan sampai ditinggalkannya. Sedangkan hukum orang yang meninggalkan satu solat fardhu adalah lebih berat dari meninggalkan haji. Sabda Nabi s.a.w.:
"Sesiapa yang meninggalkan satu solat dengan sengaja, maka telah jadi kafir yang nyata ".

Maka bagaimanakah ibadah rukun Islam yang kelima (haji) dapat didirikan, jika rukun yang kedua (solat) telah runtuh? Demikian pula solat itu tidak boleh ditundakan kewaktu lain. lanya masti dikerjakan dalam waktu yang telah ditetapkan Allah sebagaimana firmanNya:
'Sesungguhnya solat ini telah diwajibkan ke atas orang mukmin dengan waktu-waktu yang tertentu'.

Demikian juga Nabi s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat walaupun apa keadaan jua, mahupun dalam musafir, sakit, sehingga dalam peperangan tetap mendirikan solat dalam waktunya. Pelayaran tidak boleh dijadikan sebab untuk meninggalkan solat mahu pun menunggang unta sehingga menaiki pesawat, bas atau keretapi.

Solat wajib didirikan sekadar yang termampu. Yang mana tidak dapat disempurnakan salah satu rukun atau syarat solat itu, maka tidaklah dia berdosa,tetapi dia dituntut untuk mengulanginya kembali.

Allah telah berfirman:
"Allah tidak membebankan diri seseorang melainkan semampunya sahaja".
(AI Baqarah 2 :286)

Maka dengan itu wajib seseorang mengerjakan solat di mana ia berada semampu yang dia sanggup.

Ihsan dari (TM Fouzy Travel & Tours)