Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

MAKKAH KOTA SUCI

Written by Bin Khalid on .

IMG_0052_copy
IMG_0105_copy
L1004244_copy
MAKKAH KOTA SUCI.


Salam ceria dan salam bahagia dari Ana di Makkah Kota Suci...


Hijaz- berbeza dengan negeri-negeri Arab yang lain. Telah dapat menjaga kemerdekaannya. Tidak pernah negeri Hijaz di jajah, di duduki atau dipengaruhi oleh negara-negara asing.


Hal ini boleh jadi disebabkan oleh letak dan kemiskinan negerinya sehingga tiada menimbulkan keinginan pada negera-negara lain untuk menjajahnya.


Boleh jadi juga disebabkan kerana Hijaz itu sejak zaman Ibrahim telah menjadi Ka'bah bagi bangsa Arab. Mereka bekerja bersama-sama memelihara menjaga kemerdekaan negeri itu dan menjauhkan penjajah-penjajah dari padanya.


Dahulu telah kita sebutkan bahawa sejarah Hijaz di kenal negeri ini amat erat

hubungannya dengan agama-agama dan kitab-kitab suci. Oleh kerana itu dalam mengikuti pertumbuhan kehidupan di Hijaz ini, di samping berpegang kepada buku-buku sejarah, kita juga akan mengambil bahan-bahan dari Quran dan Hadis-Hadis Nabi.


Ada suatu cerita yang indah diriwayatkan oleh Bukhari berkenaan dengan telaga Zamzam.

Ibrahim datang membawa anaknya yang masih bayi iaitu Ismail serta ibunya. Mereka keduanya ditempatkan pada suatu tempat di dekat telaga Zamzam yang sekarang.


Untuk jadi bekal bagi kedua orang itu ditinggalkan oleh Ibrahim sebuah karung kecil berisi buah kurma dan sebuah kendi berisi air dan diapun berangkatlah hendak kembali.


Maka berserulah ibu Ismail “Hendak ke mana engkau .hai Ibrahim?

Akan engkau tinggalkan kami berdua dilembah ini?


Kerana Ibrahim tidak menoleh, maka ibu Ismail bertanya lagi, “Apakah Allah yang menyuruh mu berbuat begitu?”


“Betul!”, jawab Ibrahim.


“Kalau begitu tentu Dia ( Allah SWT ) tidak akan mensia-siakan kami?” Ujar ibu Ismail lagi.

Setelah beberapa hari berselang, habislah makanan dan air yang ditinggalkan Nabi Ibrahim.


Akhirnya air susu ibu Ismail menjadi kering. Ibu Ismail lalu berlari-lari kecil antara Safa dan Bukit Marwa untuk melihat kalau-kalau ada orang yang dapat memberi mereka makanan dan minuman.


Tujuh kali dia berlari-lari anak itu. Untuk memperingati peristiwa ibu Ismail ini maka orang yang mengerjakan ibadah haji berlari-lari kecil tujuh kali antara dua bukit itu.


Sampai jumpa lagi.

Susunan : team arab-families.com

awangminyakatarkebia.
L1004235_copy
L1004248_copy
L1004239_copy
Gambar gamabar adalah di ambil ketika ana menunaikan ibadah Haji tahun ini 1430H/2010M.