Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

28th. NATIONAL DAY

Written by Bin Khalid on .

28th_NATDAY_2012_SERIKANDI_copy

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

KE 28 TAHUN 1433H/2012M

 

Tahun demi tahun Negara Brunei Darussalam  sudah  semakin  berkembang. Perkembangan yang di maksudkan  baik  dari  segi kehidupan rakyatnya, mahupun dari

segi sosio - ekonomi  dan pembangunan negara. Berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan kerajaan Baginda, kita mampu

mengecapi  nikmat hidup bermasyarakat yang penuh  harmoni. Bukan itu sahaja, sikap pemedulian dan keprihatinan Baginda maka setiap rakyat di negara ini dapat menikmati kemudahan yang di sediakan  oleh  kerajaan  Baginda .

 

28th_NATDAY_2012_YANUR_2

 

 

Kebijaksanaan baginda dalam memerintah dan memelihara kebajikan seluruh rakyat dan penduduk yang bernaung danmenetap di bumi Darussalam yang tercinta ini sangat sangat dihargai oleh rakyat baginda.

 

28th_NATDAY_2012_YANUR_copy

 

Hari ini  negara  kita meraikan hari kemerdekaan yang ke 28. Selamat menyambut hari Kebangsaan yang ke -28.

Print
PDF

MEMBERI DAN MENERIMA AMANAH

Written by Bin Khalid on .

IMG_17461

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan NBD Yang Ke-28.

MEMBERI DAN MENERIMA AMANAH.

 

Seorang lelaki ingin bermusafir dalam jangka masa yang panjang. Dia mempunyai harta berupa emas yang tidak boleh dibawa bersama.  Dia ingin mengamanahkan hartanya itu kepada seorang rakan karib yang sangat dipercayainya.

Namun dalam hatinya masih ada keraguan akan kejujuran kawan karibnya itu. Setelah berfikir panjang dia mendapat satu helah. Dia memasukkan emasnya ke dalam sebuah bekas yang bertutup. Emas diletakkan di bawah, manakala bahagian atas dipenuhi dengan buah kurma.

“Sahabatku, aku ingin meminta bantuanmu untuk menjaga kurma ini sepanjang aku bermusafir”- kata lelaki itu kepada rakannya.

“Tiada masalah bagiku. Berapa lama agaknya engkau akan bermusafir?”

“Lebih kurang enam bulan”. “Baiklah, akan ku jaga amanahmu ini, InssyaAllah”.

Suatu malam, isterinya sangat ingin makan buah kurma. Oleh kerana hari telah larut malam dan tidak ada kedai yang dibuka, lelaki itu mengambil keputusan untuk membuka bekas yang diamanahkan oleh kawannya. “Akan ku ambil sebiji dua dan akan ku ganti semula esok”. Begitulah katanya dalam hati.

Dia pun membuka bekas itu. Sesetengah buah kurma itu telah rosak kerana terlalu lama disimpan.  Dia pun mengorek-ngorek ke bahagian bawah . Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa ada ketulan-ketulan emas di bahagian bawah.

Melihat emas yang begitu banyak, timbul  rasa tamak dalam dirinya. Semua emas itu diambilnya. “He, he...dia ingat dia pandai menipu? Sekarang akau pula akan menipunya.” Begitulah dia menyangka.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan berlalu. Oleh kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, kawannya itu tidak dapat pulang pada masa yang dijangkakan. Setelah setahun kemudian , baru dia pulang.

Sebaik pulang, dia terus ke rumah kawanya untuk mengambil bekas yang diamanahkannya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati emasnya telah hilang. Bekas itu hanya dipenuhi dengan buah kurma.

“Mana emas aku?”

“Emas apa yang kau maksudkan?”

“Emas yang ada dalam bekas ini, yang aku amanahkan kepada kau dulu”

“Kau tidak meninggalkan emas. Kau hanya meninggalkan kurma. Bukankah itu yang kau katakan kepada ku.?”

Lelaki itu terdiam.  Memang benar itulah yang dikatakannya. Tetapi dia yakin bahawa memang sahabatnya telah pecah amanah. Siapa lagi kalau bukan dia yang telah membuka penutup bekas itu dan mengambil semua emas yang ada di dalamnya?

Di pendekkan cerita, perkara itupun dibawa ke mahkamah.

“Tuan hakim, emas saya di dalam bekas yang diamanahkan kepada kawan saya telah hilang dicurinya,” dakwa lelaki pertama.

“Tidak tuan hakim”, dia memberi amanah agar saya menjaga buah kurma, bukannya emas”, bantah kawanya.

“Kalau begitu saya ingin melihat bekas itu berserta dengan buah kurma itu sekali”. Perintah Tuan Hakim.

Bekas itu pun ditunjukkan kepada Tuan Hakim. “Berapa lamakah buah kurma dapat disimpan dalam bekas ini tanpa rosak”. Tanya hakim.

“Lebih kurang enam bulan”. Jawab mereka hampir serentak.

“Berapa lama engkau keluar bermusafir dan mula menyimpan bekas ini dirumah kawanmu?”.tanya tuan hakim kepada lelaki pertama.

“Setahun”, jawabnya ringkas. “Kamu bersalah!”.Umum tuan hakim ditujukan kepada lelaki yang diamanahkan menjaga bekas kawannya itu. “Kamu telah pecah amanah”.

“Saya bersalah? Apa bukti saya telah mencuri emas-emas ini? Tanya lelaki itu kebingungan.

“Kamu berbohong. Cuba kamu lihat buah kurma yang ada didalam bekas ini. Bukankah masih berada dalam keadaan yang baik? Itu tanyanya kamu pernah membuka bekas ini, mengambil emas yang ada didalamnya dan menggantikannya dengan kurma yang baru. Kurma yang disimpan setahun tentu sebahagian besarnya sudah rosak”.

Setelah pencuri itu dibawa keluar oleh oleh pengawal, lelaki itu tersenyum sambil berkata : “Syukur kerana orang yang mencuri telah di tangkap. Saya harap emas saya akan dikembalikan”.

“Kamu mungkin dapat menyelamatkan emas kamu, tetapi kamu telah kehilangan maruah diri kamu”. Kata tuan hakim dengan tajam.

“Mengapa?”

“Kamu juga tidak amanah ketika memberi amanah. Kamu juga hakikatnya berbohong. Kamu mengamanahkan emas tetapi kamu kata kurma!Kamu juga bersalah”. Ujar tuan hakim.

MORAL DARI KISAH INI...

Memberi dan menerima amanah perlu dibuat atas dasar keikhlasan .Jika kita tidak ikhlas ketika memberi amanah, orang yang menerimanya juga tidak akan ikhlas menjalankan amanah itu.

SUMBER : SOLUSI.

 

Di bawakan oleh : The arab-families.com team

Di susun oleh : awangminyakatarkebia

Di kuasakan oleh : BIN KHALID