Please update your Flash Player to view content.

Print
PDF

MENGHILANGKAN SIFAT MALAS

Written by Bin Khalid on .

MENGHILANGKAN SIFAT MALAS.


Salam ceria dan salam hari minggu...


Hari minggu bagi sebahagian orang adalah hari dimana mereka harus bangun awal untuk bersukan, bersenam dan beriadah sebaik sahaja selesai solat subuh.

Pun begitu, hari minggu juga bagi segelintir golongan lain adalah hari yang membolehkan mereka bangun lewat dan bermalas-malas di atas katil.


Justeru itu, cuba kitani tanya diri kitani dan kitani jawab sejujurnya, fikirkan sejenak mengenainya, apakah faedah daripada sikap malas aku ini?


Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri kitani.

Ia bertujuan untuk menyedarkan minda kitani bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda kitani 'sakit” dengan sikap begini.


Kekalkan momentum kerajinan awda. Jika awda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan awda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut.

Semakin lama awda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat awda untuk meneruskannya.


Bayangkan kesan positif yang awda perolehi kesan daripada sikap rajin awda.

Senaraikan mengapa awda ingin membuang sikap malas.

Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab, jadi tuliskan sebab itu.


Apakah yang dimaksudkan sifat malas?

Sifat malas adalah tikarnya iblis. Bila kita membiarkan sifat malas, ini dengan tidak berusaha memeranginya, maka tikar itu akan semakin melebar, sehingga semakin nyaman iblis bersemanyaman di atasnya.

Kita akan menjadi semakin sukar keluar dari sikap malas itu dan hancurlah kita setinggi apapun ilmu kita kerana akan berakhir tanpa diamalkan.


Semoga kitani mampu mempersempitkan “tikar iblis” itu dengan cara memerangi sikap malas kitani, agar kitani pasti meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sampai jumpa lagi...


Susunan : team arab-families.com/awangminyakatarkebia
Print
PDF

1 MUHARAM 1432 HIJRAH

Written by Bin Khalid on .

1 MUHARAM 1432 HIJRAH


Salam bahagia dan salam Tahun Baru 1432 Hijrah.


Tahun baru 1432 Hijrah kini telah tiba.

Adakah kitani akan jauh dalam kealpaan atau kitani akan bangkit berhijrah menuju ke arah datangnya cahaya kemenangan.


1432 tahun yang lalu Rasulullah SAW, Rasul akhir zaman menubuhkan negara Islam pertama di Madinah dengan sebuah negara yang mempunyai perlembagaan pertamanya dalam dunia.


Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum Hijrah Nabi Muhammad SAW ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkah sama ada dalam seni pembinaan, masyarakat dan sebagainya.


Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil. Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kaya dengan air. Hal ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya di duduki oleh manusia dari kawasan setempat.


Pada tahun 455 SM, suku suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.

Jika menurut sumber-sumber serta bahan-bahan rujukan sejarah, Yathrib selepas masyarakat Islam bertapak kuat di Madinah, kaum Quraish Makkah mula berasa terancam dengan kuasa baru ini. Pada tahun 627 Masihi, tentera Makkah dibawah pimpinan Abu Sufyan menyerang Madinah.

Abu Sufyan dikatakan meminta pertolongan Banu Qurayza salah sebuah suku Yahudi untuk menolong mereka menewaskan orang Muslim.


Menurut Sahih Bukhari, pertolongan Banu Qurayza terhadap Abu Sufyan telah melanggar perjanjian yang terdapat di dalam Piagam Madinah . Oleh kerana itu semua orang lelaki kaum itu dihukum bunuh setelah pengadilan dijalankan oleh Saat Ibni Muadh.


Pada tahun kesepuluh Hijrah, Madinah menjadi sebuah tempat di mana umat Islam diserang atau menyerang musuh. Sehinggalah Baginda berjaya membuka Kota Makkah tanpa menumpahkan walaupun setitik darah. Walaupun selepas tertubuhnya Khulafa Al-Rasyidin, Madinah terus menjadi ibu kota kerajaan Islam.


Pada tahun 1924, Madinah yang sudah lama berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah jatuh ke tangan Ibnu Saud yang kemudiannya menjadi Raja Arab Saudi.


Pada hari Isnin, 20 September 622 Masihi berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah .

Ramai orientalis barat menganggap tindakan ini ialah melarikan diri.

Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraish Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.


Nabi Muhammad SAW dan pengikut Baginda bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah al-Munawarah .

Selepas tiba di Madinah Nabi Muhammad SAW merangka sebuah perlembagaan bagi menyatukan penduduk Madinah.

Perlembagaan itu di persetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1432.


Sampai jumpa lagi...


Susunan : team arab-families.com

awangminyakatarkebia
Print
PDF

PETUA UNTUK HIDUP

Written by Bin Khalid on .

AAA_0938_copy
Gambar Hiasan adalah gambar keluarga ana, semasa majlis menerima berian dan seterus nya Majlis Akad Nikah bagi anak saudara ana, Dyg. Nur Afifah binti Salamat dengan pasangan nya Awg. Mohammad Zuraime Waqiyuddin bin Haji Suhaimi yang telah berlangsung pada hari Jumaat 10hb. Disember 2010M bersamaan 4hb Muharram 1432H.
AAA_1068_copy
Alhmdulilah, Majlis di adakan dirumah pengantin perempuan mulai jam 2.15ptg dengan dihadiri oleh keluarga2 dan rakan2  dari kedua pehak pengantin.
AAA_0684_copy

Mabruk! Tahniah! kepada Dyg Nur Afifah juga cucu yang pertama yang melangsungkan Majlis perkahwinan/pernikahan dalam keluarga besar kami Arab-Families  Al-Hijazi dan juga  anak pertama kakak ana Sharifah Fatmah  dari keluarga besar Shaikh Hj. Ahmad bin Shaikh Hj.Said Al-Hijazi.

AAA_0690_copy

AAA_0951_copy

Selamat Pengantin Baru!.

PETUA UNTUK HIDUP TENANG DAN BAHAGIA.

Salam bahagia dan salam ceria.


Hari ini, 14hb Disember 2010- ini bererti kitani akan  memasuki ke bulan terakhir dalam tahun 2010.

Bagai tidak terasa oleh kitani bahawa masa bergerak begitu pantas di mana tirai tahun 2010 sedikit masa lagi bakal di labuhkan dan tirai tahun baru 2011 bakal kitani lalui dan rentasi bersama sama dengan keazaman yang baru .


Dalam pada itu, cuba kitani menoleh sejenak dan singkap kembali buku catitan kitani di tahun 2010 ini. Adakah apa yang kitani rancangkan dan harap harapkan telah dapat kitani capai atau masih lagi di tahap yang lama?


Baiklah, Ana tinggalkan awda dengan segala perancangan untuk tahun baru nanti.

Selanjutnya Ana kongsikan dengan tajuk Ana hari ini iaitu “petua untuk hidup tenang dan bahagia.


Untuk hidup tenang dan bahagia, hiduplah dengan cinta. Mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.


Hormat- memberi dan menerima, menjadi suatu perkara yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kitani pada orang lain.

Membuat orang senang itu menyenangkan.


Bersyukur- Tidak ada yang lebih indah daripada kata kata hidup. Berterima kasihlah bahawa Allah SWT telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup kita ini penuh syukur.


Bahagia- Orang yang bahagia selalu menunjukkan senyumannya yang paling manis . Bukankah memberi senyuman itu suatu ibadah?


Memaafkan- Ramai orang yang stress tidak sangup memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan yang akhirnya membuat dia tertekan .

Padahal jika kita menjadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.


Kejujuran – Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambat jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tidak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.


Ketulusan- Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

Kepekaan- Suatu keajaiban yang diberikan Allah SWT pada kita adalah hati. Dengan hati, kitani terasa sedih dan senang dan juga mampu memilih kebenaran.


Salam jumpa lagi...
AAA_0958_copy
AAA_1076_copy
PANDUAN MENCARI JODOH ZAMAN SEKARANG


Salam ceria dan salam bahagia pada semua sidang pembaca A.F.(arab-families) yg budiman,


Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa.

Awda perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa.

Tanggapan pertama adalah yang terpenting.


Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan awda.


Awda boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarkanlah kasih sayang dan hasrat murni awda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.


Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan, iaitu menyatakan perasaan awda kepada bakal pasangan.


Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.


Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan.

Jika awda didapati berbohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada awda.


Cari keunikkan, kelucuan atau “kegilaan” bakal pasangan awda.

Nyatakan yang awda suka padanya sebab keunikkan tersebut.

Ini akan membuatkan dia merasa istimewa.


Orang lelaki bercakap secara terus-terang, ringkas dan objektif.

Orang perempuan bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Itu bukan kata Ana ,tapi kata kata pakar motivasi rumahtangga.

Selamat Pengantin Baru kepada bakal-bakal pengantin yang akan naik pelamin esok dan nati2 dan bila2.


Sampai jumpa lagi...
Susunan : team arab-families.com

awangminyakatarkebia
AAA_1021_copy
AAA_1232_copy
AAA_1024_copy
Print
PDF

Iklan-Iklan

Written by Bin Khalid on .

poster3

Datang lah beramai-ramai ke Kuala Belait.

poster5

Aktiviti cuti cuti persekolahan.

poster1

poster2

 

Print
PDF

PETUA AGAR ORANG SUKA PADA KITA

Written by Bin Khalid on .

L1005495_copy
Gambar hiasan saja, semasa krusus sahari bagi CSI Team di BSP Training Center, baru baru ini.
L1005494_copy
L1005492_copy
PETUA AGAR ORANG SUKA KEPADA KITA.


Salam ceria dan salam bahagia...


Sewaktu Ana masih di usia kanak-kanak lagi, Ana pernah mendengar orang tua tua ada berkata, kalau mahu orang suka arah kitani, kitani haruslah tunjukkan sikap dan budi bahasa yang baik kepada orang yang lebih tua daripada kitani. Itu tidak kitani nafikan kebenarannya.


Pun begitu, zaman dahulu tidak lagi sama dengan zaman sekarang.

Malah, Saidina Abu Bakar r.a pernah berkata mendidik anak-anak kenalah sesuai dengan zamannya.

Justeru itu, rasa rasanya jika kitani kan memberikan panduan dan saranan kepada generasi muda, bisai tah kali kitani sebutkan saja petua ini, “petua agar orang suka kepada kita” yang Ana pilih sebagai topic yang kitani kongsi bersama hari ani.


Untuk membuatkan orang suka arah kitani, jadilah orang yang berfikiran positif.

Kebanyakkan manusia tertarik kepada orang yang berfikiran dan bersikap positif.

Secara fitrahnya, manusia sukakan yang baik, dan termasuklah dalam perihal sikap.


Sesuaikan diri awda ( adaptasi ) dengan tingkah laku orang yang kita mahu dekati.

Ini kerana persamaan tingkah laku boleh menghubungkan manusia secara psikologikal.

Misalnya, secara senyap-senyap tiru gaya atau intonasi percakapannya.


Berkongsi minat dan pengalaman yang sama. Ia boleh mengeratkan hubungan sesama manusia kerana faktor persamaan tersebut.


Perasaan seseorang terhadap kita juga dipengaruhi oleh cara kita membuat dia rasa terhadap dirinya sendiri. Banyakkan memuji dan tingkatkan estem diri orang tersayang.


Jangan segan-segan menunjukkan tanda-tanda bahawa awda sukakan seseorang kerana kajian mendapati bahawa seseorang manusia akan cenderung kepada orang yang menyukainya juga.


Apabila lebih kerap kita berinteraksi dengan seseorang, akan wujud tarikkan yang positif antara keduanya.


Elakkan berhubung dengan seseorang yang berada dalam “mood” yang tidak baik, Ini kerana mood yang baik boleh mewujudkan perasaan yang positif terhadap orang yang sedang berinteraksi


Sampai jumpa lagi...


Susunan : team arab-families.com

awangminyakatarkebia
L1005484_copy
csi1