PENIAGA MUDA
PENIAGA MUDA.
Salam bahagia, salam sejahtera dan salam ceria.
Fadilah A.Majid menulis ( BM Ahad.29 April 2012 ) beliau tertarik dengan kisah Haji Basheer Ahamed, pemilik Al –Ameen Printers, yang disiarkan dalam BM minggu lalu.
Menurut Fadilah, Haji Basheer bermula seorang diri, dengan pejabat kecil di Onan Road, beliau kini mempunyai kilang percetakan dan pejabat di negara jiran, dengan 30 pekerja.
Fadilah juga kagum dengan daya tahan Haji Basheer. Beliau kini berusia 80 tahun. Beliau masih bersemangat kental.
Haji Basheer juga tidak pernah menjadikan usia hambatan bagi beliau mengikuti perkembangan teknologi dalam dunia percetakan.
Fadilah lebih tertarik sikap Haji Basheer baik dalam perniagaan mahupun kehidupan.
Sikap yang dimaksudkan oleh Fadilah itu ialah tidak suka berhutang dan hidup sederhana walau sudah berjaya.
Sikapnya yang tidak suka berhutang untuk perniagaan sejak dari awal, menurutnya banya kebaikan bagi diri dan syarikatnya.
Ia juga menyelamatkannya daripada tersepit dalam masalah kewangan sehingga ke hari ini.
Dari pemerhatian beliau, ramai peniaga terutama golongan muda hari ini, apabila perniagaan mula berjaya atau berkembang sikit, mulalah mereka menukar kereta atau membeli barangan mewah-mewah kerana mahu glamour.
Ini akan menyebabkan kos hidup mereka menjadi lebih tinggi. Sekiranya berlaku sebarang “kekusutan” dalam perniagaan mereka, mulalah mereka terkial-kial mengimbangi keadaan.
Keadaan inilah yang selalunya membawa kepada kegagalan.
Mungkin ini yang membezakan antara peniaga muda dengan peniaga veteran?
Mungkinkah ini yang menyebabkan peniaga-peniaga veteran dapat bertahan berbanding dengan yang muda?
Mungkinkah kegagalan perniaga muda hari ini kerana kurangnya nilai-nilai positif seperti tidak suka berhutang , hidup sederhana walau sudah berjaya- yang terdapat dalam diri peniaga veteran?
Sukar memberikan jawapanya. Namun pemerhatian beliau itu sudah pasti berdasarkan pengalamannya.
Itulah realitinya hari ini. Berbanding dengan peniaga veteran, yang lebih berhati-hati dan jimat berbelanja, keadaan hari ini berbeza.
( BERITA PENUH DALAM BM, Singapura. 29.04.2012 )
Di bawakan oleh : The arab-families.com team
Di susun oleh : Awang Minyak Atar Kebia
Di kuasakan oleh : BIN KHALID




