SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 26.
KEPIMPINAN RAJA "Dua Dekat Era Kemerdekaan".
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah menaiki takhta pada 5 Oktober 1967 dan menjadi Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Baginda ialah seorang Raja yang berkepimpinan, berkarisma, berwawasan, bijaksana dan pemedulian.
Sejak menerajui candik pemerintahan, Baginda sentiasa berusaha menyusun pelbagai projek dan perancangan untuk meninggikan taraf dan status Negara Brunei Darussalam di peringkat serantau dan antarabangsa.
Jalan yang dirintis oleh Paduka Ayahanda Baginda, terutamanya dalam bidang pembangunan infrastruktur, ekonomi, kesihatan, pendidikan, penyebaran syiar Islam dan pentadbiran terus Baginda terokai dan perkemaskan.
1hb Januari 1984, merupakan titik-tolak yang amat bersejarah bagi Negara Brunei Darussalam apabila mengambil alih sepenuhnya tugas dan tanggungjawab hal ehwal luar negeri daripada Kerajaan British dan seterusnya menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik.
Bagi mencapai matlamat yang dihasratkan dalam pemasyhuran kemerdekaan, Baginda telah memperkenalkan suatu bentuk pentadbiran baru berkabinet selepas pemasyhuran itu.
Jawatan jawatan utama dan penting seperti Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri telah dimansuhkan dan digantikan dengan Menteri-Menteri yang dilantik oleh Baginda.
Untuk mengurus hal-ehwal keselamatan dan pertahanan negara selepas Merdeka, Baginda telah menubuhkan Kementerian Pertahanan.
Kementerian ini antara lain bertanggungjawab keatas Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei ( ABDB ) yang bertindak untuk menghalang sebarang kuasa luar dengan senjata dan peralatan tentera yang berupaya mematahkan serangan dari darat, laut dan juga udara.
Disamping itu, dalam ABDB juga ditubuhkan Pusat Latihan ABDB untuk melatih asas ketenteraan kepada rekrut-rekrut dan pelbagai bidang ketenteraan yang diperlukan oleh ABDB.
Selain mengadakan latihan dalam negeri, anggota anggota tentera dalam ABDB juga mengadakan beberapa latihan ketenteraan bersama angkatan luar negara seperti Amerika Syarikat,Malaysia, Singapura dan Thailand.
Semetara itu, Pasukan Polis Di Raja Brunei ( PDB ) dibawah Pentadbiran Jabatan Perdana Menteri yang telah wujud sejak tahun 1906 memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan, keamanan dan kesetabilan negara dan rakyat keseluruhannya.
Sepanjang ditubuhkan, jasa yang dibuat oleh PDB jelas menampakkan keberhasilannya sebagai sebuah pasukan yang benar-benar mementingkan keamanan negara dan keharmonian rakyat serta penduduk negara ini.
Polis Di Raja Brunei mempunyai beberapa cawangan dan pos polis di seluruh negara.
Polis Di Raja Brunei juga menjadi ahli kepada beberapa pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti Aseanpol dan Interpol.
Selain itu, dalam PDB juga mengandungi Pasukan Polis Hutan yang antara lain bertanggungjawab untuk mengawal berlakukan pembalakan haram dan menghalang pendatang asing menyusup masuk secara haram melalui jalan darat.
Juga terdapat dalam PDB ialah Pasukan Polis Marin yang mengawal keselamatan perairan Brunei dan Pasukan Polis Simpanan yang bertindak bagi menumpaskan rusuhan dan kekacauan didalam negara.
Dalam bidang ekomoni pula, Kerajaan KDYMM telah menambah peruntukan kemajuan agar sasaran kadar pertubuhannya lebih positif. Negara Brunei Darussalam menuju ke arah sebuah negara membangun menjelang tahun 2035.
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 26.
susunan : team arab-families.com
awangminyakatarkebia.
Last Updated ( Monday, 22 February 2010 )
ANAK ANUGRAH ALLAH SWT.
Written by Bin Khalid
Monday, 22 February 2010
(Gambar Hiasan)
ANAK ANUGERAH ALLAH SWT.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia arab-families.com
Ana terpanggil untuk berkongsi cerita berhubung "anak anugerah Allah swt, setelah melihat berita seorang anak damit yang dibuang dalam satu tong sampah dan di bakar. ( kejadian ini berlaku di negara jiran ).Sungguh kejam dan zalim. Kenapakah si pelaku ini tergamak melakukan sebegitu kepada bayi yang suci dan tidak berdosa itu,?
Anak adalah anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai kepada kedua ibubapa. Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini.
Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak.
Kanak-kanak ibarat rebung, tergantung kita bagaimana melenturkannya . Mereka juga tidak mampu melindungi diri sendiri, cuma mengharap perlindungan dari orang dewasa untuk berdikari.
Di samping memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar, kanak-kanak juga merupakan golongan yang mudah terpengaruh dengan persekitaran.
Penderaan terhadap kanak-kanak sama ada dari segi fizikal, emosi atau seksual bukanlah satu perkara yang baru. Jenayah seksual dilakukan terhadap kanak-kanak berlaku di serata negara di dunia ini.
Penganiayaan kanak-kanak seharusnya dihentikan dan usaha yang berkesan perlu diambil untuk mencegah kejadian ini daripada berulang.
Pelbagai faktor telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada jenayah ini. Antaranya ialah, keadaan sekeliling yang terlalu sunyi, kelalaian ibubapa dan keluarga, kebanjiran filem-filem lucah dipasaran dan kegagalan mengawal nafsu.
Kita perlu ingat bahawa, pelaku jenayah rogol dan penderaan seksual bukan sahaja dilakukan oleh orang yang tidak dikenali tetapi turut dilakukan oleh mereka yang dikenali oleh mangsa. Kunci kepada fenomena ini sebenarnya adalah disebabkan kelalaian keluarga.
Peranan keluarga sebenarnya terletak pada sejauh mana suami dan isteri memperuntukkan masa disebalik kesibukan kerja masing-masing.
Mahu atau tidak keluarga dibandar lebih sukar mencari masa yang berkualiti dan mengawal anak dengan cara yang berkualiti kerana gaya hidup yang berbeza daripada pinggir bandar.
Mungkin inilah cabaran utama setiap keluarga era ini dalam memastikan persekitaran anak-anak yang sihat dan selamat.
Bagai kata pepatah, "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, cuba seribu daya'. Sesebuah keluarga pasti akan menjumpai peluang-peluang untuk membina kembali keselamatan, kemesraan dan kegembiraan dalam sesebuah keluarga dan kekeluargaan.
Oleh itu, tiada lagilah istilah "terlepas pandang" dalam kalimah social ibubapa sekaligus menghapus pepatah: "sudah terhantuk, baru ternadah".
Peranan ibubapa dalam menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak adalah sangat penting.
Ini kerana keluarga ialah suatu unit asas dalam masyarakat. Sebagai suatu unit asas sesebuah masyarakat, keluarga boleh memberi sumbangan dalam menjamin kesejahteraan dan kestablilan masyarakat.
Oleh itu kita perlu mengukuhkan kembali institusi kekeluargaan supaya jenayah-jenayah ini dapat dibendung.
Malah tidak kurang pentingnya juga membina semula masyarakat yang prihatin dalam erti kata sebenar kita tidak usah gusar sekiranya dilabel seperti seorang yang "suka menjaga tepi kain orang" ,sebaliknya persepsi seperti inilah yang harus diubah supaya kawasan kediaman kita menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak kita.
Oleh yang demikian, persekitaran yang sihat seharusnya diwjujudkan dalam diri setiap insan dengan perpaksikan kepada nilai kemanusian yang jitu tanpa memandang persepsi negative masyarakat.
Oleh itu, kerjasama antara kerajaan, pihak berkuasa, ibubapa, guru dan orang awam adalah penting dalam membendung jenayah penderaan kanak-kanak.
SEKIAN SALAM BAHAGIA
Susunan : team arab-families.com
awangminyakatarkebia
(Gambar Hiasan)
Last Updated ( Monday, 22 February 2010 )
CERITA PISANG
Written by Bin Khalid
Monday, 22 February 2010
Terima kasih kepada sidang pembaca setia arab-families.com.
Kesetiaan dan sokongan awda pembaca setia amat Ana hargai .
Kali ini Ana ingin berkongsi cerita tentang PISANG. Sebenarnya setiap pagi Ana akan campurkan pisang dalam oatmeal sebab kalau inda rasa macam inda dapat di telan oatmeal yang sudah dicampurkan dengan susu segar. Kini sarapan oatmeal dan pisang adalah menu wajib setiap pagi Ana amalkan setelah disarankan oleh doktor demi merawat jantung.
Pada awalnya Ana tak pernah ambil kisah apakah khasiat buah pisang ini, sehinggalah kenalan Ana mengirimkan e-mail berkisar kisah guru tadika dan anak-anak muridnya yang diberi tajuk "antara pisang dan hati".
Sebelum Ana ceritakan kisah anak anak tadika, cuba kitani renung sejenak khasiat buah pisang yang sememangnya mudah kitani beli baik dipasar atau di gerai gerai di siring jalan.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi- sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.
Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit. menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi- garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah dimana semasa peperiksaan dijalankan, mereka yang diberi makan pisang untuk sarapan, rehat dan makan tengahari . Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap ( alert ).
Baiklah, itu tadi kisah pelajar menduduki peperiksaan, ini pula kisah guru tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.
Setiap murid diminat membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari, jadi jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokkan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah di tulis nama orang yang paling mereka benci.
Kata Cikgu tadika : "Sekarang simpan pisang itu. Jangan lupa bawa kemana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya.
Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya", ujar guru tadika kepada kanak-kanak . Anak muridnya menyimpan pisang masing masing dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi -pagi murid-murid sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban bau buruk yang perlu dibawa.
Cikgu tadika bertanya kepada anak muridnya : "Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg kesana kemari selama seminggu?
Semua anak murid menjawab benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir.
Lebih teruk lagi terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
Guru tadika menjelaskan kepada anak-anak muridnya; "Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya kemasa saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" .
CIkgu tadika mengingatkan anak-anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci dalam membebani hidup. Kemaafn adalah yang terbaik.
Menyayangi lebih baik daripada membenci.
Justeru itu, moral dan pengajaran yang boleh kitani ambil dari kisah ini ialah jangan letak pisang dalam beg, jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa apa yang mazmumah dalam hati, macam pisang yang makin membusuk, begitu juga hati.
Fikir-fikirkan lah...renung-renungkan lah.
Sahingga jumpa lagi.......Selamat Menyambut Hari Kemerdeka'an.
susunan : team arab-families.com
awangminyakatarkebia
Last Updated ( Saturday, 27 February 2010 )
MENCONTOHI AHLAK RASULLAH SAW
Written by Bin Khalid
Monday, 22 February 2010
MENCONTOHI AKHLAK RASULULLAH SAW.
Nampaknya bulan Febuari pada tahun ini beberapa cuti umum kebetulan jatuh dalam bulan ini. Selepas Tahun Baru Cina, esok kitani akan merayakan ulangtahun ke 26 Hari Kebangasaan Negara Brunei Darussalam dan setelah itu disusuli dengan sambutan Ulangtahun Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhamaad SAW.
Bersempena itu, eloklah kiranya kitani singkap sejenak akhlak Rasulullah SAW yang boleh kitani sama sama jadikan contoh dan sukat-sukat dalam kitani menjalani kehidupan di alam maya ini. Semoga awda semua, pembaca setia arab-families.com tanpa mengira bangsa dan agama beroleh kebahagian hingga akhir nanti.
Keindahan Islam ini terkandung dalam ajaran-ajarannya yang merangkumi akidah, syariah dan akhlak. Keindahan ini amat sukar untuk dilihat kerana akhlak orang Islam tidak menggambarkan ajaran Islam yang sebenar, Justeru, sempena sambutan Maulidur Rasul ini, kita perlu membulatkan tekad untuk mencontohi akhlak Rasullullah SAW.
Mencontohi Rasullullah ini juga merupakan perintah Allah yang tercatat dalam ayat 21, surah al-Ahzab yang bermaksud : "Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia menyebut dan mengingati nama Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang".
Dalam berhadapan dengan cabaran-cabaran yang melanda, nilai-nilai kekeluargaan kadangkala diketepilan dan akibatnya keluarga Islam yang sepatutnya berada dalam keadaan aman dan sejahtera menjadi sebaliknya.
Keluarga yang sepatutnya melindungi dan memberi ketenangan kepada ahlinya tidak lagi dapat memenuhi fungsi tersebut. Satu faktor yang menyumbang kepada perkara ini ialah hakikat bahawa ahli keluarga tidak lagi mengikut ajaran Islam yang sebenar terutamanya berkaitan dengan akhlak . Mereka mungkin mengamalkan ajaran Islam dari segi akidah dan syariahnya tetapi tidak dari segi akhlaknya.
Sebagai manusia biasa, sepanjang usia Baginda, Rasullullah pernah menjadi anak, suami, bapa dan datuk. Begitulah juga dengan kebanyakkan daripada kita. Pada setiap peranan ini Rasullullah telah menunjukkan contoh yang terbaik yang boleh kitani ikuti.
Menerusi coretan ringkas ini, ANA hanya memfokuskan peranan Baginda sebagai suami, memandangkan tugasnya sebagai ketua keluargam jatuh bangun keluarga itu berada ditangannya.
Sebagai suami, Baginda begitu menghargai isterinya Siti Khadijah yang dikatakan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri Baginda.
Menurut Baginda , " Dia, ( Siti Khadijah ) beriman kepadaku dimasa orang lain berada dalam kekafiran. Dia membenarkan ku di waktu orang lain mendustakan aku. Dia menolongku dengan hartanya, ketika orang lain tidak sudi memberikannya. Dan Allah mengurniakan anak daripadanya, tidak dari isteri-isteri yang lain".
Pengorbanan Siti Khadijah ini membuatkan Baginda terus mengingatinya walaupun isterinya itu telah lama meninggal dunia.
Ketika isteri-isteri yang lain pula, Baginda menunjukkan sifat-sifat seperti bertimbang rasa, hormat dan sabar dengan kerenah mereka.Baginda tidak keberatan untuk membantu isteri-isterinya memlakukan kerja rumah.
Berbuat baik dengan isteri bukan hanya bermaksud tidak menyakiti mereka atau mendera mereka, tetapi juga untuk menghadapi segala kesulitan , bersabar dan mengikut contoh Rasullullah.
Semoga sambutan Maulidur Rasul tahun ini, kitani sama sama memperbaiki akhlak keluarga kita semoga keluarga Islam yang ada dalam Negara Brunei Darussalam ini benar-benar mencerminkan keindahan Islam .
Sekian.
susunan : team arab-families.com
awangminyakatarkebia
Last Updated ( Friday, 26 February 2010 )
KISAH AYAH DAN ANAK LELAKI
Written by Bin Khalid
Sunday, 21 February 2010
KISAH AYAH DAN ANAK LELAKI.
Seorang ahli falsafah berkata : "Manusia boleh terbang di udara seperti burung, berenang di air seperti ikan tetapi tidak mampu berjalan di muka bumi seperti manusia"
Bercakap tentang topic berjalan, apa kiranya kitani berkongsi cerita kisah seorang ahli suffi membawa anak lelakinya mengembara demi untuk mengenal erti kehidupan danemanusiaan.
Mereka membawa seekor keldai dan melalui beberapa kawasan penduduk . Perjalanan bermula dengan si ayah menyuruh si anak naik ke atas keldai, si ayah berjalan kaki.
Tiba di satu kawasan pertama, penduduk berkata : 'Biadap sungguh anak ini membiarkan bapanya berjalan".
Mendengar akan kata-kata itu, si ayah kemudian mmenyuruh anaknya turun dan dia menunggang keldai . Sampai dekat kelompok lain, orang disitu mencemuh:
"Lelaki ini tiada hati perut, dia menunggang, anak dibiarkan berjalan".
Mendengar itu, si ayah dan sianak menunggang keldai
Apabila tiba pada kelompok ketiga, orang berkata : "Sungguh tidak berperi kemanusiaan dua orang lelaki ini, binatang yang kecil begini di tunggang berdua."
Mendengar itu, maka ayah dan anak turun berjalan, tiba di satu kelompok kumpulan orang disitu berkata: "Bodoh betul kedua orang ini, ada keldai tetapi mereka berjalan".
Mendengar itu, si ayah mengikat kaki keldai pada kayu dan bersama anaknya menyandar binatang itu, tiba di satu kawasan baru penduduk ketawa sambil berkata :
:"Gila betul dua orang ini, bukankah keldai ini boleh berjalan sendiri? Apa perlu dikandar?
Setelah itu, si ayah berkata kepada anaknya : "INILAH KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI WAHAI ANAK KU, OLEH ITU BUATLAH APA YANG KAMU YAKIN BETUL, BUKAN APA YANG ORANG MAHU KAMU LAKUKAN". Nasihat ahli suffi itu kepada anaknya.
MORAL DARI KISAH INI : "Jika kitani terlalu ingaukan apa orang kata, langsung tak jadi karaja kitani semua, oleh itu BERFIKIR SENDIRI DGN BIJAK DAN JADILAH INSAN YANG BIJAKSANA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.
Sekian, jumpa lagi.
SUSUNAN:
TEAM ARAB- FAMILIES .COM
AWANG MINYAK ATAR KEBIA.
SEMINAR REVOLUSI 2010
Written by Bin Khalid
Saturday, 20 February 2010
SEMINAR KENALI POTENSI DIRI - REVOLUSI 2010 UNTUK KEBAHAGIAAN, KESIHATAN, KEKAYAAN DAN KEJAYAAN. OLEH : DR AZIZAN OSMAN
"Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri". Surah Al Ra'd :11
Pengalaman gagal dan bangkit banyak kali dari kegagalan demi kegagalan serta kebolehan mengubah kehidupan dari kesempitan, kesusahan, tertekan, kosong sehingga menjadi seorang yang mencapai KEBAHAGIAAN, ( Happy ), KESIHATAN, ( Health ), KEKAYAAN ( Wealth ) dan KEJAYAAN ( Success ) memerlukan KUASA BERTINDAK ( Power of Action ) yang istiqamah ( consistent ) serta FOCUS yang tinggi dibantu dengan ilmu , mentor dan sistem yang telah terbukti berulang-ulang kali digunakan oleh ramai orang-orang yang telah berjaya.
Walau siapa pun awda, biar apa pun latar-belakang awda. Sudah masanya awda mendapatkan ilmu, mentor dan sistem tersebut.
Dr Azizan Osman telah membantu lebih 3,500 orang peserta di Dewan Komplek Belia, Shah Alam.- kaedah mempelajari transfomasi diri, keluarga, anak-anak , kerjaya serta perniagaan untuk selama-lamanya, INSSYAALLAH.
Hidup ini ada banyak pilihan, Tetapi sekiranya awda mahu memilih untuk bahagia, sihat, kaya, berjaya dan mudah-mudahan diberkati oleh Yang Maha Kuasa. awda pelru belajar untuk bertindak sekarang dengan mendapatkan ilmu, mentor dan sistem it's Now or Never!
"Setiap saat yang berlalu tanpa awda maksimakan potensii diri awda adalah saat-saat yang merugikan diri awda serta keluarga awda"- Dr Azizan Osman.
Sila layari www.skpd2010.com untuk maklumat lanjut.
SUSUNAN:
TEAM ARAB- FAMILIES .COM
AWANG MINYAK ATAR KEBIA.
Last Updated ( Saturday, 20 February 2010 )
SIAPA SALAH...? SALAH SIAPA....?
Written by Bin Khalid
Saturday, 20 February 2010
(Gambar Hiasan)
"SIAPA SALAH...? SALAH SIAPA..?
Salam sejahtera...salam perpaduan buat awda pembaca setia arab-families.com.....ini semua rekaan semata mata tidak ada yg bersangkutan pada sesiapa yg hidup atau sudah tiada, sekedar renungan kita para pembaca bersama Arab-Families.Com
Hidup dalam perkahwinan tidak semestinya satu pihak sahaja yang salah...masing-masing kena tengok diri masing-masing
Merujuk satu cerita benar...kisah benar, seorang wanita ni jumpa suami orang seorang pegawai bank. Wanita ini sudah berkahwin 7 atau 8 tahun juga.
Ada anak empat orang. Suami wanita ini sebaik-baik manusia...biasalah perempuan kalau lelaki baik sangat suka pijak kepala...tapi hanya yang tak tahu menghargai saja.
Si suami tak pun dia buruk-burukkan isterinya. tapi si isteri cerita pasal suami macam-macam...luar dalam kain pun habis si isteri cerita.
Selepas tiga bulan kawin, si suami dan keluarga sabar je. Bini suka suka je maki, jerit kan laki depan depan orang ramai, kawan-kawan dan keluarga suami. Bak kata jiran suami isteri ni kalau gaduh suara bini boleh dengar satu kampung. Tapi si suami tetap bertahan dengan si isteri ni sebab anak-anak.
Duit laki dah banyak habis kat bini...belanja macam orang kaya...habis kad kredit laki dia bini dia ni suka suka mengaku orang kaya dan pandang rendah kat semua orang.
Di pendekkan cerita, si suami yang sabar dengan sikap bini garang tadi berkahwin baru. Si suami berkahwin tanpa pengetahuan si isteri garang .
Lepas setahun baru si isteri garang dapat tahu. Dalam tempuh tu si isteri baru terpaksa pendam rasa. Si isteri baru hidup dalam serba kekurangan tetapi tetap senyum dan sabar melaksanakan tugas sebagai seorang isteri.
Si isteri tua tak puas hati...dalam zaman milennium ni pun ada orang main bomoh...kesian si isteri kedua ...dibomohkan oleh madu dia.
Motif si isteri pertama nak bunuh madunya.
Akhir kisah, si suami dah tak duduk dengan isteri pertama...walaupun si isteri kedua dalam keadaan sakit dek perbuatan madunya tetapi tetap bersama suaminya.
Moral dari kisah ini, jika kahwin suka sama suka...jagalah suami sebaik mungkin sepertimana yang kamu telah berjanji semasa di ijab qabul.
suami tak mengharapkan kesempurnaan pada isteri hanya keselesaan daripada seorang isteri kepada suaminya.
renung-renungkan...fikir-fikirkan .
SUSUNAN:
TEAM ARAB- FAMILIES .COM
AWANG MINYAK ATAR KEBIA.
(Gambar Hiasan)
Last Updated ( Monday, 22 February 2010 )
PUTUS CINTA
Written by Bin Khalid
Saturday, 20 February 2010
(Gambar Hiasan)
TOPIC KITA MINGGU INI : PUTUS CINTA
Kembali bertemu menerusi biaca bicara bisu khusus buat tatapan dan santapan rohani awda budiman pembaca-pembaca setia arab-families.com
Kali ini, izinkan Ana sentuh berhubung "Putus Cinta". Ana ada anak remaja dan Ana juga maklum awda pembaca juga ada yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak anak yang sedang meningkat dewasa.
Umum ada yang berpendapat kisah permasalahan cinta kelihatan remeh, kebudak-budakan serta seakan tidak matang.
Episod putus cinta bagi yang mengalami amat sakit dan mengalami kesakitan psikologikal yang terpaksa ditanggung begitu berat.
Pakar berkata kesan putus cinta boleh melumpuhkan diri menyebabkan seseorang tidak berdaya., putus asa dan tidak berupaya berdepan dengan realiti.
Ia mempengaruhi diri dalam perhubungan interpersonal pada masa hadapan.
Melalui detik kesukaran putus cinta bukan sesuatu yang mudah. Emosi membelenggu dan menghimpit. Fikiran bercelaru, kebingungan , tidak keruan adalah reaksi-reaksi psikologikal pemikiran dan emosional menjadikan konflik interpersonal putus cinta membebankan.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan putus cinta. Antaranya ketidaksamaan status, kurang mahu berkongsi serta ketiadaan individu terdekat yang boleh menyatukan semula keintiman antara pasangan yang sedang bersengketa. Kecurangan juga adalah punca lain yang membawa kepada episod putus cinta.
Pakar psikologi mengenal pasti empat gerak balas dalam bentuk reaksi-reaksi psikologi kesan putus cinta. Pertama, keluar daripada perhubungan yang merujuk kepada tindakkan menarik diri atau mengancam untuk tidak meneruskan perhubungan percintaan yang dijalin.nt
Pada pasangan yang mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama, maka tiada lagi pertemuan-pertemuan istimewa yang biasa dilakukan bersama. Status kekasih atau kawan istimewa bertukar kepada kawan biasa.
Keluar daripada perhubungan adalah tidakkan aktif yang pada masa sama bersifat distruktif. Ini kerana adakala ia disusuli dengan tindakan-tindakkan diluar jangkaan yang memburukkan lagi suasana dalam diri dan status perhubungan. Emosi menguasai tindakan dan perilaku. Sifat yang tidak disedari muncul dalam keadaan tidak sedar atau kurang disedari.
Kedua, bersuara dimana pasangan diambang perpisahan bersuara dengan membuat perbincangan, cuba berkompromi.
Ketiga, kesetiaan untuk terus bersama dengan pasangan
Keempat, pengabaian...dimana keengganan untuk bersama.
Mereka yang bertindak untuk keluar daripada perhubungan cinta mempercayai tiada apa yang perlu ditakuti dengan tindakkan sedemikian dan percaya perhubungan tidak perlu di selamatkan.
SUSUNAN:
TEAM ARAB- FAMILIES .COM
AWANG MINYAK ATAR KEBIA.